Saturday, 22 December 2012

Kenyataan NGO #TUKAR : Isu Tanah Seluas 10,526 Hektar Milik Kerajaan Negeri Kelantan

Jika merujuk kepada kenyataan Nik Aziz melalui SU Akhbar, MB Kelantan yang dipersoalkan tentang tahap kesihatannya telah cuba mengalih perhatian isu ini kepada pihak lain untuk mewajarkan/ menghalalkan usahasama pemberian tanah kepada pihak Upayapadu. Dan seperti biasa akan Menyalahkan BN/UMNO.

Pihak Kerajaan Negeri telah membuat PENGAKUAN bahawa tanah seluas 10,526 hektar terletak di Hutan Simpan Relai, Gua Musang telah diluluskan kepada Yayasan Islam Kelantan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan yang bersidang pada 13 September 2000, bagi mereka adalah bertujuan kononnya untuk menjana pendapatan YIK bagi menampung urusan pengajaran dan pembelajaran di sekolah-sekolah Yayasan Islam Kelantan. 

Pada Disember 2000, Yayasan Islam Kelantan telah bersetuju menawarkan Projek Usahasama memajukan tanah ini kepada sebuah syarikat. DI SINI PIHAK GERAKAN TUKAR INGIN MENDESAK KERAJAAN NEGERI NYATAKAN NAMA SYARIKAT YANG TAWARKAN ITU kerana syarikat tersebut ternyata tidak mampu untuk melaksanakan kerja-kerja memajukan tanah terbabit dan ini menyebabkan Mesyuarat Lembaga Yayasan Islam Kelantan pada 18 Ogos 2004 membuat keputusan agar tawaran projek ladang hutan ini ditarik balik dan dibatalkan.

Gerakan TUKAR melihat modus operandi yang di buat oleh kerajaan PAS Kelantan memperlihatkan Kerajaan PAS begitu terdesak untuk mendapatkan duit segera bagi menampung perbelanjaan jangka pendek. 

Dan mereka tidak sedar tindakan ini merugikan rakyat Kelantan. Dalam isu Ini dibuktikan apabila Kerajaan PAS menawarkan kepada syarikat Upayapadu Sdn Bhd (pada masa itu dipengerusikan oleh Dato Seri Wong Yeon Chai) yang dibuat melalui surat Yayasan Islam Kelantan bertarikh 28 Ogos 2005 manakala perjanjian ditandatangani pada 3 Mei 2006. 

Ia merupakan usahasama projek melalui konsep pajakan dan perjanjian selama 50 tahun. Ia juga menjana pendapatan YIK melalui kadar sewaan RM100.00 seekar setahun untuk kawasan getah klon dan RM150.00 seekar setahun untuk kawasan kelapa sawit.

Gerakan TUKAR ingin menjelaskan sekali lagi bahawa TANAH DI KELANTAN ADALAH MARUAH RAKYAT KELANTAN DAN JIKA TANAH INI DIGADAI SEDEMIKIAN RUPA BERMAKNA KERAJAAN PAS KELANTAN TELAH MENGGADAIKAN MARUAH RAKYAT. 

Dalam isu ini, jika dihitung kira Kerajaan PAS Kelantan rela menjual MARUAH RAKYAT KELANTAN DENGAN HARGA RM 100 seekar setahun untuk tanah getah dan RM150 seekar setahun untuk kelapa sawit. MARUAH RAKYAT KELANTAN CUKUP MURAH BAGI PAS KELANTAN.

Jelas tindakan ini merugikan rakyat Kelantan keseluruhannya.

Kamarudin Kasim
Pengerusi Gerakan TUKAR

Sunday, 1 July 2012

PANAS!!! PEMUDA PAS PANGGIL KDYMM SULTAN MUHAMMAD KE-5 SEBAGAI "AYAH MAD".

NI LAH JENIS BODO TAK LEH NAK AJAR CERDIK TAK LEH NAK TUMPANG. KDYMM SULTAN MUHAMMAD KE-V DIPANGGIL "AYAH MAD" ... DIA INGAT NAK SAMAKAN PANGGILAN KDYMM DENGAN AYAH ZID. (NIK AZIZ).

PANAS!!! Tuan Ibrahim Tuan Man perli NIK AZIZ dan Hj HADI dalam bab HUDUD

Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, tidak dapat menyembunyikan lagi kekecewaannya kepada PAS Kelantan yang 22 tahun berjanji untuk laksana hudud, begitu juga PAS Kedah yang ada kuasa tapi tidak mahu drafkan hudud.. Beliau terpaksa menyokong cadangan Adun BN agar hudud dilaksanakan di Johor.. membuktikan beliau tahu PAS hanya menipu rakyat Kelantan dan Kedah sahaja.

PANAS!!!! Dr Hassan Ali seorang menewaskan 100 orang sejelita Abby Abadi

Kata  saya ini menyebabkan teman2 dalam PAS tidak senang. Begitupun saya tetap mahu berkata: Seorang seperti Dr Hassan Ali dalam dewan tertutup sebegini mempunyai DAYA PENGARUH LUAR BIASA. Kepetahan Dr Hassan Ali mempunyai daya mempengaruhi yang besar dan tentulah 10 orang sejelita Abby Abadi pun tidak akan setara. 
(gambar: Datuk Dr. Hasan Ali bersama 2000 para guru alam program penghayatan Isra' Mikraj pada sabtu lepas)

PANAS!!!! REJIM PAS AKAN DINYAHKAN OLEH RAKYATNYA SENDIRI NANTI

BERIKUT ADALAH KEGANASAN YANG DILAKUKAN PENGIKUT "R" .."R" UNTUK RUSUHAN
 
Dan apabila mereka semakin galak bercerita brkenaan kganasan yg dilakukan oleh penyokong Himpunan SEDAR tempoh hari, kami trpaksa tnjukkan juga 'sikit' bukti yg ada dlm simpanan kami bahawasanya pergaduhan, kekecohan, provokasi sbenarnya datang dari pihak Himpunan ROYALTI. 
Ini hanyalah 10% bkti yg blh kami tnjukkan kpd umum dan kami trpaksa simpan dl 'stok' keganasan lain yg dilakukan oleh puak Himpunan ROYALTI atas faktor2 tertentu. Tp Insyaallah kami akan 'beri' lbh lg seandainya mereka masih menipu rakyat dgn memburuk2kan pejuang Himpunan SEDAR. Zass...
Apa disebalik banner? sebenarnya banner ini digunakan utk mengabui mata POLIS apa yg dilakukakn dibelakang banner trsebut

tu dia.. ini yg mereka lakukan disebalik banner. klihatan seorang peserta Himpunan ROYALTI sedang membaling bom asap kpd peserta Himpunan SEDAR

dakwaan 'org besar' mereka, Jeming Hassan dipukul adalah sama sekali tidak betul. Sebenarnya dia yg pukul pserta Himpunan SEDAR slepas mlakukan provokasi di kwsan peserta Himpunan SEDAR. Dasar CILANAT!!

Perhatikan betul2 dlm gmbr ini, sikopiah putih berjubah tp sedang memukul peserta SEDAR dgn batang bendera

ini lg sorang peserta ROYALTI sedang memukul peserta SEDAR dgn batang bendera

pakcik tua berbaju hitam berkopiah sedang menendang peserta SEDAR yg telah tidak berdaya

lg seorang peserta ROYALTI sedang memukul mangsa menggunakan kayu banner

peserta SEDAR dicekik dileher oleh seorang juak 'ROYALTI'
seorang anggota POLIS sedang memegang kayu yg dibaling oleh peserta ROYALTI


Nak lg? ini baru muqadimah.. kpd orang2 ROYALTI jgn ingt kitorang xmampu nak beli camera atau video camera. gmbr dlm camera talipon pun kitorang ada.. :)

Wednesday, 27 June 2012

PANAS!!!! PAS KELANTAN TIDAK SAYANG RAKYAT?

KEPIMPINAN Pas perlu membaca secara bijak mesej daripada tindakan lebih 2,000 wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mengadakan perhimpunan aman - Himpunan Sedar, Demi Tanah Air Kelantan di hadapan Kompleks Kota Darulnaim semalam. Kepimpinan Kerajaan Pas Kelantan perlu melihatnya sebagai ketidakpuasan hati rakyat dalam banyak hal, walaupun perhimpunan itu yang diatur sejak sebulan lepas adalah bagi mendesak kerajaan negeri menyelesaikan segera masalah bekalan air yang sekian lama membelenggu penduduk Kelantan. Adalah tidak adil apabila ‘suara rakyat Kelantan’ itu diambil mudah, apatah lagi elemen dalaman Pas sendiri mencetuskan provokasi sehingga mencetuskan kekecohan pada perhimpunan yang sepatutnya berlangsung dalam keadaan aman seperti dirancang. Masalah kemudahan asas rakyat itu tidak lagi boleh disembunyikan setelah Pas gagal menyelesaikannya sepanjang 22 tahun menerajui Kelantan. Akibatnya, yang sengsara adalah rakyat apabila berdepan dengan bekalan dan kualiti air yang tidak memuaskan.

Tuesday, 26 June 2012

PANAS!!!! KE"SEDAR"AN RAKYAT MENEWASKAN "R"ETORIK PAS.

 HAMPIR 1000 TEAM "R"
Perhimpunan dicemari  dengan balingan asap merah (bom asap) daripada salah satu kumpulan yang hadir, bagaimanapun tindakan pantas pihak polis yang bertugas berjaya mengawal keadaan dan keadaan kembali tenang.

Dalam pada itu team SKUAD JAKET MERAH yang berada di lokasi perhimpunan tersebut melaporkan lebih 4,000 orang menyertai perhimpunan itu dan 3,000  daripadanya adalah dari TEAM SEDAR kumpulan yang MENUJUKKAN KESEDARAN UNTUK TUKAR KERAJAAN PAS KELANTAN.

SEBAHAGIAN RAKYAT "SEDAR" DI PENJURU PARKING

Difahamkan, perhimpunan itu juga menunjukkan sikap dan mentaliti penyokong parti, kerana, walaupun perhimpunan tersebut dikatakan dianjurkan oleh NGO namun NGO-NGO tersebut lebih condong berpihak kepada parti-parti yang didokong oleh mereka.
HAMPIR 3000 RAKYAT YANG "SEDAR" BERHIMPUN

Kain rentang RAKYAT juga terpapar yang MENGGAMBARKAN LUAHAN HATI RAKYAT YANG ORIGINAL. Perbezaan ketara ditunjukkan oleh kedua-dua kumpulan itu sebenarnya akan diterjemahkan oleh rakyat pada PRU13 nanti. 

Ramai dikalangan anak muda BANGGA dan  mengaku mereka pendokong kepada KESEDARAN , ini disebabkan cara berhimpun mereka ADALAH HIMPUNAN RAKYAT SENGOTI.