Saturday 2 July 2011

Selamat Tinggal PAS - Waris Nik Aziz dah Meluat

Gelombang Merah dah benar-benar meresap dalam minda fikir rakyat Kelantan. Sewaktu YAB Perdana Menteri berkunjung ke Pasir Puteh, lebih 20,000 rakyat hadir menyatakan sokongan kepada BN dengan laungan Gelombang Merah.

Lebih menarik, sewaktu majlis tersebut seramai 2,800 orang bekas ahli PAS telah menyerahkan borang keluar PAS dan mennyerahkan borang permohonan menyertai UMNO. Seorang daripada 2,800 orang tersebut ialah waris Nik Aziz sendiri iaitu YM Raja Abdullah Raja Mahmud.
Ketika ditemui pemberita, Raja Abdullah, 57, berkata, beliau sudah serik ditipu kepimpinan Pas kerana tidak pernah tetap pendirian dalam perjuangan parti. "Kalau dahulu, Pas kata wanita tidak boleh dicalonkan kerana ia bercanggah dengan Islam tetapi kini Pas membenarkannya demi perjuangan Islam," kata bapa kepada 11 orang anak itu.
Beliau juga kesal apabila Pas sebelum ini menolak kerjasama dengan orang bukan Islam kerana kerjasama itu bercanggah dengan agama seperti yang dilakukan oleh BN dengan membentuk kerjasama dengan parti kaum Cina, MCA dan kaum India, MIC.
"Sekarang atas alasan untuk menjelaskan Islam, kini golongan yang Pas panggil "kafir" itu (dan) kerjasama dengan bukan Islam dibenarkan iaitu dengan DAP," kata bekas tentera itu yang mengakui beliau tidak pernah mengundi UMNO - Barisan Nasional kerana menyokong Pas sepenuh hati sebelum ini.
Keyakinan Raja Abdullah terhadap Pas hilang apabila parti itu meninggalkan penubuhan negara Islam dan memperjuangkan negara berkebajikan yang jelas membuktikan Pas mudah tunduk kepada DAP.
Ditanya apakah pertalian saudara antara beliau dengan Mursyidul Am Pas itu, Raja Abdullah berkata: "Ayah saya saudara rapat kepada Nik Abdul Aziz kerana kami berketurunan Raja Jembal, iaitu keturunan kerabat Raja Kelantan lama yang banyak menggunakan Nik dalam nama keluarga."

1 comment:

  1. syabas kpd mrk yg dah insaf bahawa pas tidak boleh menjamin pembinaan jambatan didunia yg menghubungkan jambatan ke akhirat!! pas telah mengajar pengikut2nya membakar jambatan di dunia dari awal lagi dgn memutuskan silaturrahim sesama Islam bila mengkafirkan saudara mrk!! utk itu, sila jauhi ajaran yg menjauhkan kita semua ummat Islam dari syurga Allah!

    *aku allergic la dgn orang2 yg ada gelaran nik ni..

    sejak mula kau maghi tahun 80'an dulu, kalu aku tanya mesti demo tu nak kaitkan diri dgn raja, istana la..padahal duduk rumah kayu buruk nak roboh, mandi air kuning dari telaga, masak pakai dapur kayu & gi mana2 naik bas jah!

    kalu raja bakpo tak pakat2 duduk istana sngoti? buang diri @ kena tendang keluar istana? kalau dah kahwin orang biasa, mana ada gelaran lagi dah???

    apapun, nama hanya gelaran. yg penting hati mau baik..itu aku tabikla...

    ReplyDelete