Thursday 31 March 2011

KOD002: NIK AZIZ HADIAHKAN LUBANG KUBUR KEPADA PENIAGA...PENIAGA AKAN HADIAHKAN KERANDA KEPADA NIK AZIZ DAN DUA ABDUL YANG LAIN


Setelah lebih 2 tahun nasib 415 peniaga di pasar Lambak Arked Uda dan Pasar Besar MPKB terumbang ambing, mereka kini meminta bantuan UMNO Kota Bharu untuk menyelesaikan kemelut masalah perpindahan (kluk klek) mereka ke Bazar Tok Guru atau lebih dikenali Bazar Lubang Kubur.

Nasib mereka dirundum malang kerana Kerajaan Zalim Pas Kelantan memungkiri janji yang telah dibuat oleh Nik Abdul Aziz sebelum pilihan raya umum 2008.

Disebabkan masalah berlanjutan terlalu lama tanpa penyelesaian, peniaga--peniaga ini meminta bantuan Ketua UMNO Kota Bharu supaya menyampaikan perkara ini kepada Datuk Sri Mustafa Mohamed. dengan harapan perkara ini dapat dipanjangkan keperingkat Pusat dan pohon bantuan Kerajaan Pusat.

Berbanding Kerajaan Zalim Pas Kelantan yang dilihat tidak mahu perkara ini diselesaikan dengan segera. lebih sikesalkan sikap beberapa pemimpin PAS Kelantan yang hanya pandai menunding jari kepada pihak lain dengan menuduh pihak UMNO sebagai punca pergolakan di dalam bazar Tok Guru.

Secara umumnya kesemua peniaga tidak berpuas hati dan mendakwa mereka ditipu hidup-hidup oleh kerajaan Zalim PAS Kelantan setelah mereka ridak menepati janji.

Pada peringkat awal peniaga dijanjikan oleh Nik Aziz ruang niaga seluas 3.04 x 3.65 meter persegi, sebaliknya ruang niaga yang disediakan hanya berukuran 1.82 x 2.4 meter persegi. Setelah diukur ruang niaga ini, keluasannya hampir sama dengan luas lubang Kubur.

Selain itu, peniaga turut kesal dengan tawaran harga pemilikan antara RM63,000 setiap lot dan tidak seperti harga yang dijanjikan sebelum pilihan raya 2008.

Dalam isu ini, kerajaan Zalim PAS tidak boleh lari dari isu asal semata-mata mahu menutup kesilapan dan kelemahan mereka menunaikan janji kepada 415 peniaga. Persoalan utama disini ialah Kerajaan Zalim PAS gagal menunaikan janji mereka bukan nya mengalihkan isu kepada orang lain.








KOD001: Bongkar: Ladang Rakyat atau Ladang Wakil Rakyat.


Setelah bertahun-tahun kerajaan Pas Kelantan meneroka tanah du Hulu Kelantan dibawah program Ladang Rakyat, namun tiada sebarang perkembangan diketahui oleh umum mengenai projek tersebut. Sejauh manakah kerajaan Pas Kelatan ingin diam membisu mengenai perkara itu sehingga terbongkarnya penyelewengan ladang rakyat didedahkan didalam beberapa siri Kelatekito.net.

Sehingga kini belum ada penafian mahu pun penjelasan mengenai pemberian tanah kepada syarikat terdiri golongan orang bukan bumiputera dan kepada pemimpin sekuru PKR , N.Gobalakrishnan yang melibatkan nilai puluhan jutaan ringgit.

Justeru itu, Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed mendesak kerajaan Pas Kelantan perlu memberi penjelasan mengenai Program Ladang Rakyat kerana ramai yang masih mengetahui konsep program itu. Beliau berkata jika kerajaan tidak berbuat demikian, mereka saolah-olah cuba menipu rakyat negeri ini kerana gagal menyediakan butiran terperinci mengenai program ladan tersebut.

"Mana hitam putih program Ladang Rakyat itu? Apakah konsep dia...sampai sekarang tidak terjawab. Saya meminta (kerajaan negeri) buat buku untuk menjelaskannya. "Rakyat mahu tahu siapa yang usahakan (Ladang Rakyat) dan mengikut model apakah program itu," katanya. Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu berkata sehingga sekarang pemimpin kerajaan negeri gagal untuk mendedahkan perincian program itu menyebabkan rakyat menjadi menjadi marah termasuk Orang Asli di Gua Musang.

KOD001: Bongkar: Pohon Siasatan

Memang benar seperti dikata, Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hanya tahu tandatangan dokumen. Kena tipu atas batang hidung pun tak tahu apa.

Terbaru al-Mursyidul Am Pas ini kena tipu dengan dua hamba Allah, Rahmat Ibrahim dan Amnah Ibrahim dalam kes ladang rakyat. Dua hamba Allah ini, abang dengan kakak atau adik dengan abang ini, dapat tanah seluas 2,963 ekar di Mukim Kandek, Dabong atas syarikat Ladang Ternakan Maju Sdn. Bhd. (LTM) pada 23 Mac 2006.

Tanah ini untuk fasa kedua Ladang Rakyat yang kononnya untuk bantu 4,500 orang miskin. (lihat salinan Harakah). Sebenarnya bukan bantu orang miskin tapi nak bantu dua tiga ekor pemimpin Pas dan taukeh Cina.

Rupa-rupanya dua beradik ini hanya proksi, mereka telah menjual kesemua saham dalam LTM kepada Leong Hup Holdings Sdn. Bhd. (LHH) dengan harga RM12,750,000 (lihat salinan dokumen pengambil alihan). Perjanjian itu turut membabitkan kesemua aset dalam LHH.

Dalam dokumen itu LHH turut memiliki tanah seluas 10,095 ekar untuk fasa 1 Ladang Rakyat di Jajahan Gua Musang. Tanah ini berstatus pajakan untuk 99 tahun.

Habis semua tanah rizab Melayu kepada Cina ini. Maksudnya, perjanjian memorandum yang Harakah laporkan itu hanya tutup mata rakyat bahawa kerajaan negeri yang Islam ini telah menipu. Habis cerah beri ke Cina.

Inilah dia wajah sebenar Pas yang menipu rakyat. Kerajaan yang menipu rakyat tidak akan selamat dunia dan akhirat.

KOD002: Skuad Jaket Merah sokong peniaga.

Ingat Exco Klate jah babok tapi rupa-rupanya MB turut jadi babok jugak. Teruskan perjuangan untuk mendapatkan hak. Kalian golongan mustadhafin (golongan yang ditindas oleh kerajaan yang menggunapakai lesen ‘Isle’. Jangan takut ko MB yang kecek 3 minit dengan tunjuk perangai ‘ mechok ‘ dia. MB ingat dia sore jah ada perasaan. MB ingat dia jah bekhengnya. Rakyat takdak perasaan dan tidak boleh mechak. Puak-puak ahli syurga ini selama ini menganggap kalau arah gapa pun dari kerajaan Klate, rakyat akan ikut belaka sebab lesen besar yang mereka guna iaitu lesen ‘ Isle’ . MB ingat lesen ‘Isle’ hak dia saja jah dan boleh guna lesen ini untuk selesai semua masalah rakyat Klate termasuk Bazar Tok Guru (Babuk) ini. Rupa-rupanya MB yang lidah bercabang itu amat kecewa dengan suasana semasa lo ni bila mana lesen ‘Isle’ hak dia dok guna sokmo dah jadi tak laku dah kepada Ore Klate. Ore Klate dah sedar lama do’oh dah dok kena tipu dengan lesen ‘Isle’ yang dicop sendiri oleh Parti rakan Syaitan ini. Orang Kelantan dah tak peduli lagi. Ore kelantan dah kenal siapa puak-puak yang PASik yang mempunyai lidah bercabang sebenarnya. Teruskan perjuangan kalian. Moga Allah meredainya untuk berjuangan melawan golongan yang rakus menggunakan lesen ‘Isle’ ini. Muga kejayaan dalam genggaman ore-ore mustakbirin (yang ditindas) seperti tuan-tuan.- SKM01

KOD002: Jangan Kaitkan Anuar Tan dalam isu peniaga di Kota Bharu

Untuk pengetahuan pembaca, sebenarnya Anuar Tan  tidak ada kaitan pun dengan hal atau isu bazar, isu Bazar Tok Guru dari awal sampai akhir hanya berkaitan dengan 3 Abdul.. Abdul Aziz (Nik Aziz), Abdul Husam (Husam) dan Abdul Taki (takiuddin), mereka yang uruskan hal ini.

Perniaga-peniaga pun sebenarnya tak marah pada Annuar Tan, kasihan kepada Anuar Tan, tak pasal-pasal dia kena terjerumus dalam isu yang dia sendiri tak tahu menahu, sebelum ni peniaga hanya marah kepada Tok Guru Nik Aziz, TMB ,Husam dan ni Nik Amar je. Perniaga memang tak perlu mintak maaf kepada Anuar Tan, malah Tok GuruNik Aziz  yg perlu mintak maaf kepada peniaga...

KOD002: Peniaga MPKB buat laporan Polis.

Hari ini kesabaran Peniaga tak dapat ditahan lagi...para peniaga pasar lama MPKB merasakan penindasan ke atas mereka telah sampai ke puncaknya... mereka berkumpul dan membuat laporan kepada SPRM bagi menggesa siasatan dibuat mengenai kesahihan transaksi wang yang bernilai RM44.8 juta yang membabitkan urusan jual beli pasar MPKB, Bazar Tengku Anis dan Bazar Tok Guru. Mereka mendakwa jualan Pasar MPKB hanya RM3.8 juta kepada syarikat swasta dan pada masa yang membeli tingkat satu Bazar Tengku Anis dengan harga yang terlalu tinggi iaitu RM18 juta untuk menempatkan mereka.

SKUAD JAKET MERAH sangat menyokong tindakan peniaga membuat laporan SPRM. Bagi SKUAD JAKET MERAH peniaga Melayu Kelantan di Kota Bharu ini semakin hari semakin tertindas oleh keasyikan puak-puak tertentu di dalam PAS menjual segala hak milik Kerajaan Negeri kepada pihak ketiga.” -

KOD004: Apakah selama ini Pas lebih baik daripada UMNO?

Sudah tidak terhitung berapa kali ungkapan seperti :
  1. Penduduk Kelantan sudah benci Pas tapi belum dapat menerima UMNO
  2. Bukan Pas kuat di Kelantan, cuma UMNO lemah
  3. Rakyat Kelantan hari ini sudah benci dengan Pas
Soalnya dalam dua pilihan raya yang lalu pengundi di Kelantan tetap memilih Pas. Dan tidak ada satu jaminan, mahu pun bukti yang kukuh sebelum ini bahawa UMNO akan menang sehinggalah selepas PTK DUN MANIK URAI dan GALAS baru-baru ini. 

Apakah selama ini Pas lebih baik daripada UMNO?
Di Kelantan, Pas dan UMNO dari tahun 1957-1990 hingga 2011 adalah dua parti yang serupa tapi. tidak sama. Sejak dahulu UMNO terbukti parti yang menunaikan tanggungjawab pembangunan negara dengan cemerlang. Manakala Pas sejak dahulu terdiri daripada parti ceramah dan kuliah politik dan agama.

Jika sejak 1990, majoriti pengundi di Kelantan memilih Pas dan adakah PRU 13 kali ini akan berlaku perubahan? 

Sejak tiga pilihan raya yang lalu majoriti pengundi di Kelantan memilih untuk mengundi retorikal agama yang diikonkan oleh Datuk Nik Aziz Nik Mat, dan adakah kali ini majoriti akan memilih realiti pembangunan negeri yang diikonkan kepada ahli ekonomi terkemuka negara Datuk Mustapha Mohamad?
 
Kebanyakan penduduk Kelantan tidak mempedulikan pembangunan negeri kerana sebahagian besar pendapatan keluarga di kampung dijana oleh pendapatan ahli keluarga yang berteraburan di Lembah Kelang, Pulau Pinang, Johor Bharu dan Singapura. 

Pesanan kepada pemimpin, (dalam konteks Kelatntan) tekanan atau desakan terhadap pembangunan bukan satu pertimbangan politik bagi sebahagian daripada mereka. 

Manakala yang tinggal di luar Kelantan akan pulang mengundi Pas kerana mereka merasakan ini keagungan mereka untuk memilih kerajaan yang berbeza daripada kerajaan persekutuan.

Diketahui umum sebahagian orang Kelantan mempunyai semangat kekitaan yang ingin berlainan dari orang lain.Selebihnya semangat kenegerian dalam sebahagian besar mereka akan menyebabkan mereka terus mengundi Pas demi memastikan Nik Aziz terus menjadi salah seorang tokoh utama dalam politik negara.

UMNO Kelantan harus menerima hakikat bahawa jika ia mahu menang maka perubahan harus berlaku. Pada hemat kami , UMNO Kelantan hanya ada dua pilihan:
  1. Berusaha melakukan perubahan minda pengundi di Kelantan. Tumpukan kepada generasi muda. Penduduk Kelantan perlu disedarkan bahawa dalam soal pentadbiran negeri bukan soal ikon atau lambang.Ia bukan soal ikon Serambi Mekah atau kewarakan orang Kelantan. Tapi pemerintahan negeri soal survival dan masa depan orang Melayu dan Islam di Kelantan. Apa guna bernama Serambi Mekah jika ia tidak mampu memprojekkan diri sebagai sebuah negeri Islam yang berjaya? Imej Islam di era globalisasi bukan lagi pada jubah, serban dan retorik ceramah berselang seli dengan ayat al-Quran. Tapi Islam di era globalisasi harus diteguhkan oleh keimanan dan kekuatan ekonomi. Seorang Islam bertali leher, mempunyai kuasa beli yang tinggi dan beriman lebih baik dari seorang tok guru yang setiap malam menganjur kuliah agama untuk mencari populariti bagi memenangi pilihan raya. Jika ini berjaya dilakukan maka tidak mustahil Barisan Nasional (BN) Kelantan akan menang, jika tidak dalam pilihan raya terdekat ini mungkin dalam pilihan raya kemudiannya. Ingatlah perubahan minda tidak mungkin berjaya dalam sehari dua. Pas mengambil masa hampir 20 tahun menyerap masuk dalam pelbagai institusi dan sekolah untuk mengubah pemikiran pengundi Kelantan terutamanya orng muda ketika itu untuk menganut pemikiran mereka. 
  2. Jika yang pertama terlalu sukar dan berat untuk UMNO Kelantan, maka UMNO Kelantan harus mengubah diri mereka menjadi seperti Pas. UMNO Kelantan mempunyai kepimpinan yang bukan sahaja cukup baik malah terlalu hebat jika mahu dibandingkan dengan kepimpinan Pas Kelantan yang lemah dan tidak menyumbang apa-apa kecuali ucapan yang memberangsangkan setiap kali berkempen. Masalahnya kaca mata ukuran sebuah kepimpinan baik atau hebat kepada majoriti pengundi di Kelantan berbeza dengan piawaian umum.
Majoriti pengundi Kelantan melihat Nik Aziz boleh memberi kuliah subuh, berpakaian ala arab dan menjadi imam solat sebagai Menteri Besar yang baik.

Justeru UMNO Kelantan harus memilih sama ada mereka mengubah pemikiran majoriti pengundi Kelantan atau mereka mengubah diri bagi memenuhi piawaian karut majoriti pengundi Kelantan yang menyokong Pas dalam dua pilihan raya sebelum ini. 

Terserah kepada UMNO Kelantan mahu menjadi pemimpin atau pelakon.

Skuad Jaket Merah : Pengenalan

Kami terpanggil untuk bersama dengan pejuang-pejuang yang ikhlas.