Thursday 31 March 2011

KOD002: NIK AZIZ HADIAHKAN LUBANG KUBUR KEPADA PENIAGA...PENIAGA AKAN HADIAHKAN KERANDA KEPADA NIK AZIZ DAN DUA ABDUL YANG LAIN


Setelah lebih 2 tahun nasib 415 peniaga di pasar Lambak Arked Uda dan Pasar Besar MPKB terumbang ambing, mereka kini meminta bantuan UMNO Kota Bharu untuk menyelesaikan kemelut masalah perpindahan (kluk klek) mereka ke Bazar Tok Guru atau lebih dikenali Bazar Lubang Kubur.

Nasib mereka dirundum malang kerana Kerajaan Zalim Pas Kelantan memungkiri janji yang telah dibuat oleh Nik Abdul Aziz sebelum pilihan raya umum 2008.

Disebabkan masalah berlanjutan terlalu lama tanpa penyelesaian, peniaga--peniaga ini meminta bantuan Ketua UMNO Kota Bharu supaya menyampaikan perkara ini kepada Datuk Sri Mustafa Mohamed. dengan harapan perkara ini dapat dipanjangkan keperingkat Pusat dan pohon bantuan Kerajaan Pusat.

Berbanding Kerajaan Zalim Pas Kelantan yang dilihat tidak mahu perkara ini diselesaikan dengan segera. lebih sikesalkan sikap beberapa pemimpin PAS Kelantan yang hanya pandai menunding jari kepada pihak lain dengan menuduh pihak UMNO sebagai punca pergolakan di dalam bazar Tok Guru.

Secara umumnya kesemua peniaga tidak berpuas hati dan mendakwa mereka ditipu hidup-hidup oleh kerajaan Zalim PAS Kelantan setelah mereka ridak menepati janji.

Pada peringkat awal peniaga dijanjikan oleh Nik Aziz ruang niaga seluas 3.04 x 3.65 meter persegi, sebaliknya ruang niaga yang disediakan hanya berukuran 1.82 x 2.4 meter persegi. Setelah diukur ruang niaga ini, keluasannya hampir sama dengan luas lubang Kubur.

Selain itu, peniaga turut kesal dengan tawaran harga pemilikan antara RM63,000 setiap lot dan tidak seperti harga yang dijanjikan sebelum pilihan raya 2008.

Dalam isu ini, kerajaan Zalim PAS tidak boleh lari dari isu asal semata-mata mahu menutup kesilapan dan kelemahan mereka menunaikan janji kepada 415 peniaga. Persoalan utama disini ialah Kerajaan Zalim PAS gagal menunaikan janji mereka bukan nya mengalihkan isu kepada orang lain.








No comments:

Post a Comment