Friday 1 April 2011

KOD001: LUAHAN HATI RAKAN PENIAGA KEPADA MPKB-BRI

Sebelum ini kami rakyat Kelantan secara majoritinya selama ini tidak tahu apa sebenarnya para penjual tidak mahu berpindah daripada Pasar Lama MPKB ke Bazar Tok Guru. Tetapi selepas pendedahan isu ini melalui media perdana dan juga media pro PAs (Tak lain tak bukan Harakah) dan juga melalui cetusan rasa dan pendapat blogger melalui laman web dan blog-blog. Kami semakin faham.

Dalam isu ini ambo cukup tertarik dengan kata-kata pembelaan YDP MPKB iaitu saudara Nazran Mohamad… Antara dakwaan saudara YDP MPKB ialah bahawasnya para peniaga telah bersetuju untuk menerima keluasan lot kedai seluas 6×8 tubukti hok dia nok tunjuknya atau pun boleh jadi hok ada dengan dianya ialah minit mesyuarat. 

Ambo nok tanya YDP MPKB..
  1. Ada atau tidak surat tawaran dpd MPKB ataupun pihak berkaitan (Yang ada kepentingan) yang membuat tawaran perpindahan kedai kepada para penjual?
  2. Surat tawaran itu ada atau tidak dinyatakan keluasan SEBENAR lot2 kedai yang ditawarkan kepada penjual?
Kalau surat tawaran itu ada..ambo nak tanya pulak
  1. Ada atau tidak surat jawapan atau surat setuju terima daripada pihak para peniaga atau wakil @ persatuan para peniaga untuk berpindah keBazar Tok Guru Dengan Keluasan 6×8 tu?
Kalau kedua dua surat tawaran dan surat setuju terima peniaga tu tidak ada ambo rasa berat kes kita ini YDP weh…takkan kita nak pegang janji mulut atau minit mesyuarat jah weh? Tapi ambo tak tahulah pulak kot loni style gini doh orang tadbir MPKB ngan kerajaan Negeri. Kalau gini caranya nak tadbir negeri..confirm ambo dok pakoh doh PAS semula…(mulo ngundi Pas sokmo!)

Satu lagi isu ambo nak tanya YDP MPKB kita ni…Bakponya nak duk persoal orang nak tolong bayar RM 5 juta ni? Duk tanya bakpo baru loni nak beli.. ambo nak tanya …sebelum jual bangunan ko puak puak kroni PAS ni..MPKB ada buat tawaran tender terbuka ko pada sapa sapa nak beli atau buat projek usahasama dengan MPKB? Kita rakyat marhaen nak tahu jugak siapa lagi masuk…pah berapa juta orang lain tawar kepada MPKB…harga yang dijual MPKB tu ikut nilaian semasa atau tidak ..? Kita jugak nak tahu prosuder pemilihan tendernya..siapa panelnya..lepas tu kita nak tahu jugak berapa hak sebenar keuntungan yang diperolehi oleh MPKB pahtu pitis tu gi mana? kita rasa pelik bin ajaib benda gini kenapa pihak MPKB setakat ini tak perjelaskan secara terperinci kepada rakyat Kelantan..Macam mana kita nak bersangka baik kalau duk ralit nak sembunyi ko rakyat.. 

Pastu ambo ada dengar khabar…kakitangan kanan MPKB seoarang ni lepas selesai proses jual beli ni gi join kerja pulak syarikat hok joint venture ngan MPKB ni…tolong ngejah ko boss? Apa cerita ni? Ambo mintalah YDP ataupun pihak kerajaan PAS sila jawab isu ambo tanya ni…cakap betul2..jangan nak aniaya ko rakyat..jangan kerana nak lindungi kepentingan seorang dua dalam kerajaan ataupun parti kita cakap bohong…Ambo rayu jangan jadi orang munafik! (Tapi tak tahulah kot-kot ada tok guru boleh write off dosa puak puak munafik ni..).

Akhir kata ambo amat-amat setujulah benda ni dibawa kemuka pengadilan tak kiralah kes Saman Malu ko atau Kes rasuah ke atau kes salahguna kuasa ke…kita rakyat nak tahu cerita betul jah..Wassalam…

No comments:

Post a Comment