Wednesday 6 April 2011

RAKYAT SARAWAK CUKUP BERUNTUNG BERBANDING NEGERI KAMI (KELANTAN,PULAU PINANG,SELANGOR)

Hari ini kami berkesempatan melawat bandar Sibu dan sempat berbual dengan ramai orang Sibu. Mereka baik dan hormati kami. Apabila masuk bab tanah dan pengurusan sumber Sarawak, kami disapa dengan luahan salah seorang rakan berbual kami,"saya bangga dengan negeri saya",katanya. Kami tanya kenapa, rakan kami berkongsi dengan kami tengan kemudahan yang rakyat Sarawak dapat di sarawak. Konsep rakyat didahulukan sudah lama ada, sekarang konsep itu terus menjadi cara pentadbiran negerinya. Kami tertarik apabila kawan kami berbicara soal kadar premium rumah yang mana ianya adalah lebih rendah dari negeri tadbiran pembangkang di semenanjung seperti Kelantan,pulau Pinang dan Selangor.

Antara yang menarik menurutnya tiada penalti dikenakan walaupun permohonan dibuat selepas surat hak milik atau permohonan lewat, ia berbeza dengan negeri pembangkang iaitu penalti akan dikenakan jika pemilik mengemukan permohonan lewat selepas tamat tempoh surat hak milik.

Menurut salah seorang skuad kami yang kebetulan berasal dari Selangor memberitahu kami bahawa di negerinya Selangor, premium yang dikenakan adalah berlipat kali ganda. Ini membuktikan kerajaan Selangor sekarang bukan mendahukui rakyat tetapi menidas rakyat. Tetapi di Sarawak terbukti kerajaan negeri mendahului Rakyat.

Di Sarawak, bagi pembaharuan tempoh surat hak milik kepada 60 tahun, dasar kerajaan negeri hanya mengenakan bayaran premium sebanyak RM1,000 seunit bagi rumah teres, RM3000 bagi rumah berkembar dan RM6000 bagi rumah sebuah. Manakala, bagi tempoh surat hak milik kepada 99 tahun, bayaran premium hanyalah RM1300, RM3900 dan RM 7800 untuk rumah teres, berkembar dan rumah sebuah.

Berbanding rumah teres di Pulau Pinang, bagi rumah yang mempunyai baki pegangan selama 20 tahun, nilai premiumnya ialah sebanyak RM12,000 jika mahu perbaharui kepada 99 tahun, rumah berkembar pula RM36,000 dan rumah sebuah RM61,000.

Ini BERMAKNA PEMILIK RUMAH DI SARAWAK MEMBAYAR PREMIUM 9 KALI GANDA LEBIH MURAH DARI PULAU PINANG DAN SELANGOR.

Info yang pihak SJM dapat mengenai perbandingan kadar Premium di Sarawak, Selangor dan Pulau Pinang adalah sepert berikut:

Premium rumah kepada 60 tahun di Sarawak:
  •  Rumah teres RM1000
  • Rumah berkembar RM3000
  • Rumah Sebuah RM6000

Premium rumah kepada 99 tahun di Sarawak:
  • Rumah Teres RM1300
  • Rumah Berkembar RM3900
  • Rumah Sebuah RM7800

Premium baki pegangan 20 tahun kepada 99 tahun di Pulau Pinang:

  • Rumah Teres RM12,000
  • Rumah Berkembar RM36,000
  • Rumah sebuah RM61,000
Premium baki pegangan 20 tahun kepada 99 tahun di Selangor:
  • Rumah Teres RM25,000
  • Rumah Berkembar RM55,000
  • Rumah sebuah RM71,000

No comments:

Post a Comment