Sunday 3 April 2011

KOD001: MASALAH AIR – KERAJAAN ZALIM PAS "BELAWOK" ,

Seperti biasa, manusia ketiga yang sombong selepas Firaun, Exco Kerajaan pas Kelantan, Datuk Mejar (b) Anizam Abd. Rahman (gambar) menyanyi lagu yang sama apabila disoal bertubi-tubi mengenai masalah bekalan air bersih yang tidak dapat diselesaikan selepas 21 tahun Pas memerintah.

Lirik dan melodinya sama, rakyat Kelantan pun sudah hafal, Kerajaan Pusat Barisan Nasional tidak adil sebab tidak beri pinjaman kepada Kerajaan Kelantan yang Pas jadi dalang. Satu soalan mudah apa sudah jadi dengan RM600 juta yang Kerajaan Pusat bagi zaman Tun Mahathir jadi Perdana Menteri dahulu.

RM600 juta – satu jumlah yang cukup banyak kurang lebih enam kali ganda daripada bajet tahunan Kerajaan Pas Kelantan. RM600 juta – tidak sampai separuh pun rakyat Kelantan mendapat bekalan air bersih daripada syarikat Air Kelantan Sdn. Bhd.
Mari kita lihat tahap ‘belawok biawak’ Kerajaan Pas Kelantan :

1) Pada 4 September 2003, AKSB dilaporkan memberi jaminan bahawa semua masalah berkaitan bekalan air di Negeri ini akan dapat diselesaikan sepenuhnya menjelang Oktober 2004.

2) Pada Sidang DUN 14 November 2006, Md. Anizam dilaporkan berkata, kerajaan Pas Kelantan menjangkakan seluruh rakyat akan dapat menikmati bekalan air bersih sepenuhnya pada 2010.

3) Pada 22 Mei tahun 2009, sekali lagi Md Anizam menyatakan bahawa AKSB sedang mengenal pasti kawasan yang mengalami tekanan air rendah terutama di kawasan pedalaman untuk dibina pam air yang diimport dari Denmark.

4) Pada 10 November 2010, Md. Anizam menyatakan masalah air di Kelantan akan selesai sepenuhnya pada tahun 2017, maksudnya 17 tahun lagi.

Wahai manusia ketiga yang sombong selepas firaun, apa sudah jadi dengan semua kenyataan sebelum ini. Mana pam yang kata diimport dari Denmark. Sebelum ini, kata Kerajaan Pusat tidak betul buat tetapi kenapa tunggu duit kerajaan pusat untuk selesai masalah air, sudah habis ke duit RM600 juta sebelum ini. Kalau ini tidak selesai nampak gayanya Tok Guru dan Anizam kena tanggung kalau ada rakyat Kelantan tidak boleh mandi wajib selepas berjimak.

Nampak gayanya seratus tahun lagi takkan mungkin kalau Pas masih memerintah Kelantan. Berubahlah untuk kesejahteraan hidup.

No comments:

Post a Comment