Thursday 7 April 2011

HARI KETIGA, DAH TERASA BAHANG PRN SARAWAK

Kami bersempatan berborak dengan makcik-makcik dan pakcik-pakcik apabila kami keluar makan pagi td.budaya masyarakat Melayu Melanau kat sini tiada bezanya dengan masyarakat melatu di tempt kami di semenanjung. Mereka ternyata mudah mesra dan menghormati tetamu. Mereka ingatkan kami guru yang baru daftar mengajar di sini. Kami hanya senyum sahaja.

Kesempatan tang ada kami berborak panjang dalam perbualan kami ada juga kami selitkan dua tiga persoalan yang berkaitan dengan PRN Sarawak. Antaranya mengenai janji Anwar pada rakyat Sarawak. Katasalah seorang pakcik yang sememangnya kurang setuju dengan kehadiran PKR di Sarawak. "pakcik tak suka PKR,tempat kamu dia buatkacau,dia datang sini nak buat kacau juga,cukup-cukuplah", kata pakcik tu dengan memek muka dan dahi yang berkerut. Dalam hati kami boleh rasa apa yang pakcik iturasa.

"kami tolak Anwar dari dulu lagi,bukan sebab video sangat..sama ada dia atau tidak dalam video itu kami tk kisah sangat sebab kami memang tak suka dia.", kata sorang lagi pakcik.

"Anwar janji nak bantu kami RM400 setahun,ingat kami ni pemintak sedekah ke,RM400 tu setahun,12 bulan,maknanya dia nak bagi kami RM33 ringgit sebulan",kata pakcik yang berkopiah.

kami dengar dengan penuh teliti apa yang disampaikan oleh pakcik dan makcik. Ternyata dengan apa yang disampaikan, tidak mustahil pembangkan akan gulung tikar di kawasan Melayu.

No comments:

Post a Comment