Monday 11 April 2011

HARI YANG KE-7 SELEPAS PENAMAAN CALON

Hari ini sudah masuk hari yang ke-7 saya di Sarawak dan bahang pilihanraya Sarawak makin jelas terasa apabila hanya tinggal beberapa hari lagi tempoh berkempen. Sepanjang 6 hari lepas saya melihat sesuatu yang sudah saya jangka di hari pertama penamaan calon lagi iaitu Kemungkinan cubaan untuk Pakatan Haram mengambil alih kerajaan Sarawak adalah amat tipis..malah amat-amat tipis. momentum pilihan raya kecil yang memberi kemenangan kepada calon Barisan Nasional menunjukkan sokongan rakyat telah mula kembali dan bertambah kepada kerajaan yang memerintah sekarang.

Oleh yang demikian, saya nampak sememangnya rakyat Sarawak sedar bahawa mereka boleh menggadaikan masa depan politik mereka jikalau memilih Pakatan Rakyat pada PRN Sarawak nanti.

Apa yang saya perhatikan dan sedang berlaku sekarang ialah janji-janji manis sahaja yang diberikan kepada Rakyat Sarawak untuk mengaburi mata Rakyat Sarawak, dan jika diperhatikan semua janji-janji manis itu adalah recycle dari janji-janji yang pernah mereka tabur sebelum mereka menawan Pulau Pinang, Selangor dan Kedah.

Jikalau dahulunya rakyat Pulau Pinang, Selangor dan Kedah boleh terpengaruh dengan janji-janji manis mungkin disebabkan mereka ingin mencuba. dan jelas sekarang cubaan mereka telah membuatkan mereka merana. Janji-janji yang ditabur pembangkang sekarang hanya tinggal janji. dan Rakyat Sarawak jelas menyaksikan bagaimana corak pemerintahan mereka selepas mereka merampas negeri-negeri tersebut.

Yang jelas Pakatan Haram ini tidak mempunyai persamaan langsung dari segi ideadologi dan semangat perjuangan. Apa yang mereka bawa ada politik Ketaksuban, Politik Ego dan Politik Gila Kuasa. Akibat dari pegangan ini lah mereka bertelagah sesama sendiri menyebabkan rakyat menjadi mangsa.

Insyallah Rakyat Sarawak sekarang sudah bijak berpolitik malah matang dalam dunia politik, mereka pandai menilai yang mana permata dan yang mana kaca, mereka tahu memilih yang mana Intan yang mana batu. Semoga kebijaksanaan mereka ini akan terus menjamin mereka bahagia di bawah pemerintahan Barisan Nasional nanti.

No comments:

Post a Comment