Tuesday 26 April 2011

NIK AZIZ TIDAK MAHU ISLAM KUAT?...

Pengaruh Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat memang sangat kuat di dalam parti tersebut. Dia dianggap ulama terhebat yang pernah dilahirkan dalam Pas sehingga setiap kata-katanya ibarat fatwa yang tak boleh disanggah oleh sesiapa.
 
Kalau Nik Aziz kata A, maka A akan jadi undang-undang. Kalau Nik Aziz kata B, maka B akan jadi peraturan, kalau Nik Aziz kata C, maka C akan jadi perintah am tetap.
 
Ini bukan SJM kata, tetapi ini adalah hakikat dalam Pas. Sampai satu peringkat ahli-ahlinya berebut hendak mendapatkan seliparnya demi untuk mendapatkan keberkatan.
 
SJM bukan mengada-adakan cerita, tetapi ini keluar dari mulut Nik Aziz sendiri. Masih ingatkah masa kecoh isu perbelanjaan haji dan umrahnya ditaja oleh beberapa pihak, Nik Aziz berkata; "Orang hendak bawa saya ke Mekah kenapa saya tolak, saya pergi Mekah jarang saya belanja sendiri, semua orang berebut (bayar). Selipar saya pun orang ambil, dia kata bukan curi tetapi nak ambil berkat. Jadi orang hendak pergi Mekah, bertahun-tahun saya diminta oleh orang tertentu hendak pergi Mekah bersama," kata Nik Aziz. 
 
Namun di sebalik imej ulama yang dibawanya, Nik Aziz mempunyai sifat dan perangai yang berbeza daripada apa yang patut dimiliki oleh seseorang ulama. Kita jangan lupa, Nik Aziz pernah mengatakan bahawa mana-mana wakil rakyat daripada Pas yang bertindak keluar parti untuk menyertai UMNO selepas pilihanraya umum akan dibakar hidup-hidup dalam neraka kerana mungkir janji.
 
Inikah sifat seorang ulama? Soal neraka atau syurga adalah hak mutlak kepunyaan Allah. Allah memasukkan ke dalam syurga sesiapa yang dikehendaki-Nya dan memasukkan ke neraka sesiapa yang dikehendaki-Nya. Dalam seluruh isi al-Quran telah menetapkan bahawa orang Islam yang beriman dan mengerjakan amal soleh akan memperolehi syurga tanpa disebut Pas atau UMNO.
 
Nik Aziz juga celupar mulut apabila mendakwa mahu meminta tolong dengan syaitan dan mahu menerima Perdana Menteri Bukan Islam.
 
Nik Aziz juga mengatakan orang Islam boleh memaki orang Islam lain kerana Allah sendiri mencarut.
 
Nik Aziz turut mengatakan ulama UMNO ulama darah haidh dan nifas, mengatakan perjuangan UMNO adalah sesat dan mengatakan bahawa perkataan barua dianggap lebih beradab daripada perkataan babi, kera dan taghut yang disebut di dalam al-Quran.
 
Astagfirullahazim.
 
Tetapi saya sangat kesal kerana segala perbuatan, lidah dan tingkah lakunya seolah-olah KEBAL dan langsung dianggap tidak menyalahi peraturan agama yang sangat kita cintai ini.
 
Cuba anda bayangkan sekiranya setiap perkataan yang keluar dari mulut Nik Aziz tadi, keluar dari mulut Tun Dr. Mahathir Mohamad atau Khairy Jamaluddin sebagai contoh, sudah tentu mereka akan dimaki-hamun dan dichop sebagai orang Islam yang murtad dan sesat!
 
Tetapi tidak mengapa, asalkan ia keluar dari mulut Nik Aziz, semuanya adalah betul dan benar belaka.
 
Saya mempunyai ramai teman di kalangan pimpinan dan juga pengikut Pas, mereka akui adakalanya mereka juga 'keliru' dengan apa yang Nik Aziz katakan, namun mulut mereka bagaikan 'terkunci' untuk mempersoalkannya, apatah lagi untuk menafikan hujah yang keluar dari mulut Mursyidul Am mereka itu termasuk Presiden PAS sendiri Ketakutan mereka bagaikan berhadapan dengan malaikat maut.
 
Begitu juga dalam soal penyatuan dan perpaduan di antara kita orang Melayu.
 
Saya sampai sekarang tidak faham, di sebalik keributan dan keretakan di dalam umat Melayu dan Islam negara sejak akhir-akhir ini, Nik Aziz masih dengan sifat ego tidak bertempat.
 
Takut benar dia sekiranya orang Pas akan diUMNOkan jika penyatuan ini terjadi. Mungkin Nik Aziz takut sekiranya Pas dan UMNO bersatu, tiada pihak lagi yang akan menaja umrah dan hajinya, tiada siapa lagi yang ingin mengagung-agungkan dirinya dan tiada siapa lagi yang akan mengambil keberkatan seliparnya.
 
Saya berani katakan, ramai orang Pas sedar akan hakikat orang Melayu semakin ditekan di bumi sendiri, ramai orang Pas ingin bersama-sama orang UMNO memperjuangkan bangsa mereka, tetapi pada masa yang sama ramai ahli Pas takut untuk menyatakan pendirian mereka disebabkan keengganan Nik Aziz sendiri untuk berbuat demikian.
 
Saya sebenarnya tertarik dengan pandangan Profesor Datuk Dr. Mahmood Zuhdi yang menyifatkan penyatuan UMNO dan Pas akan membolehkan Islam dan kedudukan umat Islam bertambah kuat.
 
Beliau berkata, sudah tiba masanya semua pemimpin UMNO dan Pas menginsafi nasib menimpa Islam dan umat Islam ekoran ketiadaan perpaduan yang jitu di kalangan umatnya.
 
Tambah beliau, dalam konteks politik semasa, Pas harus bekerjasama dengan UMNO dan bukannya parti lain seperti DAP sekiranya parti itu mahu meletakkan Islam pada kedudukan yang tinggi. “Butalah mata mana-mana pemimpin (Pas) sekiranya ada antara mereka mahu bekerjasama dengan DAP kerana terlalu mementingkan politik,”
Itu kata Dr. Mamood.
 
Saya nak semua orang Pas merenung sejak kisah sejarah silam, tentang bagaimana perebutan kuasa antara Bani Abbas (Khalifah Abbasiyah) dan Bani Umayyah (Khalifah Umayyah) telah menyebabkan kerugian jiwa dan kehancuran sebuah Khalifah Islam. Perpecahan  ini telah menyebabkan tentera Tartar dan Mongol di bawah pimpinan Hulako menawan kota Baghdad. Begitu juga halnya berkaitan peristiwa pertumpahan darah kerana perselisihan perkara dunia dan perebutan kuasa antara Sayidina Ali dan Mu'awiyyah di medan perang Siffin menyebabkan tentera Ali tewas 35,000 orang dan tentera Mu'awiyyah 45,000 orang.
 
Inilah beberapa akibat perpecahan dan perselisihan yang boleh mengundang kehancuran yang dapat dijadikan pengajaran.

No comments:

Post a Comment