Saturday 30 April 2011

NIK AZIZ TIDUR... SERAMBI MEKAH HANYA KOSMETIK..IKUTI RAKAMAN LANGGAN PELACUR

Tun M ulas jam Omega Anwar Ibrahim


PERKONGSIAN BIJAK TUN M..DIPENGHUJUNG ADA ULAS PASAL JAM ROLEK..EHHH JAM OMEGA..

NIK AZIZ KATA..ANWAR KATA... SEMUA KATA..




"DIO JUAL MUROH-MUROH PAHA DIA, BETIS DIA..ROGOLLAH..PEDULI APA"- NIK AZIZ, RESPON PADA MASALAH ROGOL ANAK KELANTAN YANG BERLELUASA. INIKAN PERANAN PEMIMPIN KELANTAN..DIMANA KEBERKESANAN AJARAN SERAMBI MEKAH.

PKR Diminta Kosongkan Pejabat Untuk Diberi Kepada Parti KITA

Sudah jatuh ditimpa tangga, itulah nasib yang menimpa PKR sekarang. Selepas dilanda pelbagai masalah termasuk masalah moral pemimpin utamanya, kini satu lagi masalah melanda PKR.
Pemilik bangunan yang menempatkan ibu pejabat PKR di Merchant Square,Tropicana, Petaling Jaya iaitu Datuk Soh Chee Wen yang juga bekas rakan karib Anwar Ibrahim telah meminta PKR mengosongkan bangunan tersebut.
Datuk Soh bukan sahaja meminta PKR keluar dari bangunannya malah kami difahamkan beliau juga menuntut PKR membayar RM 800 ribu kepadanya kerana semenjak bangunan itu digunakan oleh PKR dari tahun 2008 hingga kini, parti itu tidak pernah membayar sesen pun kepadanya.
Lebih pedih dan memilukan lagi, kami difahamkan bangunan itu akan bertukar menjadi pejabat parti KITA sebaik sahaja PKR keluar.
Pada tahun lepas kita boleh ingat lagi bagaimana gembiranya pemimpin-pemimpin dan penyokong Pas apabila bangunan Umno Bahagian Kota Bharu dibeli oleh Pemuda Pas Kelantan dan bertukar menjadi bangunan Pas.
Selepas ini kita boleh melihat pula bagaimana sedihnya pemimpin-pemimpin dan penyokong PKR apabila bangunan yang menjadi ibu pejabat parti mereka bakal bertukar menjadi pejabat parti KITA.-selangordaily

Thursday 28 April 2011

MAZA: Anwar Perlu Sumpah Muhabalah & Berundur Dari Politik Negara


 Anwar Ibrahim diminta melakukan sumpah mubahalah di hadapan masyarakat bagi menjelaskan tuduhan trio ‘Datuk T’ ke atasnya, berhubung rakaman video aksi seks yang didedahkan baru-baru ini.

Bekas Mufti Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin berkata, Anwar perlu bersumpah seperti yang dilakukan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semasa menafikan beliau terlibat dengan pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibu di sebuah masjid di Bukit Mertajam, Pulau Pinang beberapa tahun lalu.

“Anwar hanya perlu lafazkan Wallahi, Wabillahi, Watallahi di hadapan masyarakat umum seperti Najib bagi membersihkan namanya, jika betul dia tidak terlibat dalam video seks itu kerana ia (bersumpah) pasti dapat membantunya.

“Saya pun tidak tahu kenapa Anwar tidak melakukan sumpah itu walhal trio ‘Datuk T’ mahu bersumpah di hadapan Kaabah. Tidak perlu di Mekah sebenarnya, di tempat sendiri pun kita boleh bersumpah, tetapi di hadapan umum,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Malah, mereka turut sanggup bersumpah laknat di hadapan Kaabah kerana yakin pelaku adegan seks dalam video itu merupakan Anwar.

Mohd. Asri sekali lagi menegaskan, Anwar patut memikirkan secara serius untuk segera berundur daripada arena politik negara kerana isu yang dikaitkan dengan dirinya adalah kompleks dan berulang-ulang.

“Pengunduran Anwar (sebagai pemimpin pembangkang) amat perlu bagi memberi nafas baru kepada senario politik tanah air, kerana sekarang kita terus disuap dengan berita ‘dalam kain’ yang amat tidak sihat,” katanya.

Wednesday 27 April 2011

TERKENANG SEMASA DULU: Nik Aziz "Sesat" Kerana Anwar - Tun M

Doa Bala NIK AZIZ PADA NAJIB, BALA JATUH PADA ANWAR SAHABAT BAIK NIK AZIZ.

IMBAS KEMBALI: SEMUA YANG ADA DISAMPING ANWAR DALAM VIDEO INI KENA TIPU DEK ANWAR... KESIAN

Eksklusif : Tak Sampai 2 Jam Video Seks Pemimpin Pembangkang Hilang?

SUMBER : yuseriyusoff.blogspot.com


Tidak sampai 2 jam video seks yang dikatakan melibatkan aksi Anwar Ibrahim dimuat-naik sebentar tadi, tiba-tiba video tersebut telah pun hilang dan tidak dapat diakses melalui laman youtube.

Kepada yang tidak sempat tengok 'anu'war punya aksi tadi. Jom layan paparan skrin yang sempat di'capture' oleh beberapa para blogger. Agaknya pihak mana yang bertindak buang video berkenaan?

Kalau itu bukan Anwar Ibrahim sebagaimana yang diwar-warkan AMK dan puak-puak yang hidup dengan 'sindrom penafian' kenapa buang video terbabit?

Biar rakyat lihat, biar rakyat menilai. Kenapa perlu takut?


Sorry kena 'sensor' part sensitif..


Untuk yang tak sempat tonton, tidak mengapa kita dah siap download video tersebut. Sorry youtube pihak anda terlewat 'delete' video terbabit. Hehehehe..


Sumber Gambar : Waybe BadutRakyat

IMBAS KEMBALI... UMNO KUAT, PAS LEMAH. PAS AKAN LEBIH KALAU BERADA BERSAMA DAP & PKR KERANA KEDUANYA Parti Lemah

PKR Parti Freemason; KEBETULAN ATAU DIRANCANG...

Polis rakam kenyataan Anwar esok

 sumber: malaysiakini.com
Seorang pegawai dari ibu pejabat polis persekutuan di Bukit Aman akan merakam kenyataan ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim esok berhubung laporan polisnya berkaitan video seks yang ditayangkan di Hotel Carcosa Seri Negara, bulan lalu.

NONE
Ini adalah kali kedua Anwar akan memberi kenyataan berhubung perkara tersebut.

Kenyataan pertama Anwar dirakamkan bulan lalu apabila beliau
membuat laporan polis selepas video yang memaparkan aksi seks seorang lelaki, ditayangkan di hotel mewah itu pada 21 Mac lalu.

Menurut kenyataan parti itu petang ini, kenyataan Anwar akan dirakamkan oleh 'DSP Shanmugamoorthy' pada jam 2.30 petang di ibu pejabat PKR di Tropicana, Petaling Jaya.

Satu sidang akhbar akan diadakan oleh Anwar selepas kenyataannya dirakamkan, kata kenyataan itu.

PART TWO... MUKA LEBIH JELAS. VIDEO NI HANYA UNTUK HARI INI SAJA. JAM 12 MALAM NI AKAN DITUTUP.

Tuesday 26 April 2011

NIK AZIZ TIDAK MAHU ISLAM KUAT?...

Pengaruh Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat memang sangat kuat di dalam parti tersebut. Dia dianggap ulama terhebat yang pernah dilahirkan dalam Pas sehingga setiap kata-katanya ibarat fatwa yang tak boleh disanggah oleh sesiapa.
 
Kalau Nik Aziz kata A, maka A akan jadi undang-undang. Kalau Nik Aziz kata B, maka B akan jadi peraturan, kalau Nik Aziz kata C, maka C akan jadi perintah am tetap.
 
Ini bukan SJM kata, tetapi ini adalah hakikat dalam Pas. Sampai satu peringkat ahli-ahlinya berebut hendak mendapatkan seliparnya demi untuk mendapatkan keberkatan.
 
SJM bukan mengada-adakan cerita, tetapi ini keluar dari mulut Nik Aziz sendiri. Masih ingatkah masa kecoh isu perbelanjaan haji dan umrahnya ditaja oleh beberapa pihak, Nik Aziz berkata; "Orang hendak bawa saya ke Mekah kenapa saya tolak, saya pergi Mekah jarang saya belanja sendiri, semua orang berebut (bayar). Selipar saya pun orang ambil, dia kata bukan curi tetapi nak ambil berkat. Jadi orang hendak pergi Mekah, bertahun-tahun saya diminta oleh orang tertentu hendak pergi Mekah bersama," kata Nik Aziz. 
 
Namun di sebalik imej ulama yang dibawanya, Nik Aziz mempunyai sifat dan perangai yang berbeza daripada apa yang patut dimiliki oleh seseorang ulama. Kita jangan lupa, Nik Aziz pernah mengatakan bahawa mana-mana wakil rakyat daripada Pas yang bertindak keluar parti untuk menyertai UMNO selepas pilihanraya umum akan dibakar hidup-hidup dalam neraka kerana mungkir janji.
 
Inikah sifat seorang ulama? Soal neraka atau syurga adalah hak mutlak kepunyaan Allah. Allah memasukkan ke dalam syurga sesiapa yang dikehendaki-Nya dan memasukkan ke neraka sesiapa yang dikehendaki-Nya. Dalam seluruh isi al-Quran telah menetapkan bahawa orang Islam yang beriman dan mengerjakan amal soleh akan memperolehi syurga tanpa disebut Pas atau UMNO.
 
Nik Aziz juga celupar mulut apabila mendakwa mahu meminta tolong dengan syaitan dan mahu menerima Perdana Menteri Bukan Islam.
 
Nik Aziz juga mengatakan orang Islam boleh memaki orang Islam lain kerana Allah sendiri mencarut.
 
Nik Aziz turut mengatakan ulama UMNO ulama darah haidh dan nifas, mengatakan perjuangan UMNO adalah sesat dan mengatakan bahawa perkataan barua dianggap lebih beradab daripada perkataan babi, kera dan taghut yang disebut di dalam al-Quran.
 
Astagfirullahazim.
 
Tetapi saya sangat kesal kerana segala perbuatan, lidah dan tingkah lakunya seolah-olah KEBAL dan langsung dianggap tidak menyalahi peraturan agama yang sangat kita cintai ini.
 
Cuba anda bayangkan sekiranya setiap perkataan yang keluar dari mulut Nik Aziz tadi, keluar dari mulut Tun Dr. Mahathir Mohamad atau Khairy Jamaluddin sebagai contoh, sudah tentu mereka akan dimaki-hamun dan dichop sebagai orang Islam yang murtad dan sesat!
 
Tetapi tidak mengapa, asalkan ia keluar dari mulut Nik Aziz, semuanya adalah betul dan benar belaka.
 
Saya mempunyai ramai teman di kalangan pimpinan dan juga pengikut Pas, mereka akui adakalanya mereka juga 'keliru' dengan apa yang Nik Aziz katakan, namun mulut mereka bagaikan 'terkunci' untuk mempersoalkannya, apatah lagi untuk menafikan hujah yang keluar dari mulut Mursyidul Am mereka itu termasuk Presiden PAS sendiri Ketakutan mereka bagaikan berhadapan dengan malaikat maut.
 
Begitu juga dalam soal penyatuan dan perpaduan di antara kita orang Melayu.
 
Saya sampai sekarang tidak faham, di sebalik keributan dan keretakan di dalam umat Melayu dan Islam negara sejak akhir-akhir ini, Nik Aziz masih dengan sifat ego tidak bertempat.
 
Takut benar dia sekiranya orang Pas akan diUMNOkan jika penyatuan ini terjadi. Mungkin Nik Aziz takut sekiranya Pas dan UMNO bersatu, tiada pihak lagi yang akan menaja umrah dan hajinya, tiada siapa lagi yang ingin mengagung-agungkan dirinya dan tiada siapa lagi yang akan mengambil keberkatan seliparnya.
 
Saya berani katakan, ramai orang Pas sedar akan hakikat orang Melayu semakin ditekan di bumi sendiri, ramai orang Pas ingin bersama-sama orang UMNO memperjuangkan bangsa mereka, tetapi pada masa yang sama ramai ahli Pas takut untuk menyatakan pendirian mereka disebabkan keengganan Nik Aziz sendiri untuk berbuat demikian.
 
Saya sebenarnya tertarik dengan pandangan Profesor Datuk Dr. Mahmood Zuhdi yang menyifatkan penyatuan UMNO dan Pas akan membolehkan Islam dan kedudukan umat Islam bertambah kuat.
 
Beliau berkata, sudah tiba masanya semua pemimpin UMNO dan Pas menginsafi nasib menimpa Islam dan umat Islam ekoran ketiadaan perpaduan yang jitu di kalangan umatnya.
 
Tambah beliau, dalam konteks politik semasa, Pas harus bekerjasama dengan UMNO dan bukannya parti lain seperti DAP sekiranya parti itu mahu meletakkan Islam pada kedudukan yang tinggi. “Butalah mata mana-mana pemimpin (Pas) sekiranya ada antara mereka mahu bekerjasama dengan DAP kerana terlalu mementingkan politik,”
Itu kata Dr. Mamood.
 
Saya nak semua orang Pas merenung sejak kisah sejarah silam, tentang bagaimana perebutan kuasa antara Bani Abbas (Khalifah Abbasiyah) dan Bani Umayyah (Khalifah Umayyah) telah menyebabkan kerugian jiwa dan kehancuran sebuah Khalifah Islam. Perpecahan  ini telah menyebabkan tentera Tartar dan Mongol di bawah pimpinan Hulako menawan kota Baghdad. Begitu juga halnya berkaitan peristiwa pertumpahan darah kerana perselisihan perkara dunia dan perebutan kuasa antara Sayidina Ali dan Mu'awiyyah di medan perang Siffin menyebabkan tentera Ali tewas 35,000 orang dan tentera Mu'awiyyah 45,000 orang.
 
Inilah beberapa akibat perpecahan dan perselisihan yang boleh mengundang kehancuran yang dapat dijadikan pengajaran.

LADANG RAKYAT: RAKYAT MAKIN DITEKAN OLEH REJIM NIK AZIZ


Di Kuala Krai Isu Ladang Rakyat di Kelantan seperti tiada penghujungnya apabila terbaru lebih 200 penduduk di Kampung Sungai Kelah, Mukim Manjor di sini membantah tindakan kerajaan Kelantan pimpinan PAS memusnahkan lebih 40 hektar tanah, yang mereka usahakan sejak sekian lama.

Lebih membingungkan penduduk, punca pendapatan hasil torehan getah dan buah - buahan di tanah berkenaan lesap sejak pemaju yang diberikan kebenaran memajukan tanah itu menebang kesemua pokok – pokok berkenaan.

Seorang penduduk, Mohd Zaidi Abdul Rahim, 44, berkata pelbagai usaha dilakukan termasuk bertemu pegawai di Pejabat Tanah dan Jajahan termasuk bertemu wakil rakyat bagi membantu menangani perkara itu tetapi semuanya tidak berjaya. “Kami tidak ditawarkan menjadi peserta Ladang Rakyat di tanah kami itu dan saya harap kerajaan negeri mendengar rintihan kami dan kembalikan tanah itu kepada kami semula,” katanya. Katanya penduduk kini terpaksa mencari punca pendapatan baru dan menoreh getah milik penduduk kampung yang lain.

Saturday 23 April 2011

JANGAN LUPA SEJARAH.

kawan2 dan sahabt2 SJM, untuk pengetahuan UMNO pernah memerintah kelantan selepas 18 tahun pertama PAS (1959-1978)..pada masa tu PAS cukup 'bijak' berpolitik ala pentas (ceramah) tetapi rakyat terus mundur tertinggal kebelakang..tetapi atas kesedaran rakyat, mereka tolak PAS dan selepas zaman kegelapan itu 1978, UMNO BN ambil alih Kelantan dan berjaya membuktikan "cakap serupa bikin, bikin apa yang dicakap". antara kecemerlangan bawah BN
1.terbinanya lebuhraya timur barat.
2. Tanah rancangan Kesedar
3. memodenkan kota bharu
4.buka kawasan industri dan bangun dengan pesat..peluang pekerjaan banyak ketika ini.
5.wujudkan SEDC
6.wujudkan Jabatan hal Ehwal Agama negeri Kelantan..
7.Menambah baik Yayasan Islam kelantan 8.Membina kota Darul naim sebagai pusat pentadbiran (pada masa ni, PAS tuduh BN buat hutang dengan bina tempat nyembah atau ketib).
9.selasaikan masalah yang ditinggalkan PAS.
10.Bina dan perkasakan masjid.
11.wujudkan peluang perniagaan.. dan banyak lagi...

KITA PAKAT BACA.. KITA PAKAT NILAI

Nik aziz sudah tidak mampu untuk mengurus kelantan, dia sudah tua dan uzur. Masalah dalam parti sudah tidak sehaluan lagi. Husam ada puak ..Nik Amar ada puak.. YB Fatah ada Puak.. YB ust. Latif hanya ambil tahu puak dia saja.. Pegawai kerajaan sudah meragui kemampuan pas tidak ada perangcangan yang memberangsangkan.. kerja exco hanya mengatur ceramah disana-sini dan sambutan pun nampak tak seberapa , tiada lain melainkan kutuk BN & Kerajaan Persekutuan. Hok ore buat semua tak kena, hak kita buat tak dok gapo satu, kalu adapun untuk ore-ore parti saja.



Ladang rakyat katanya untuk semua rakyat miskin tapi hak dok bulihnya anak beranak tok ngulu pas, ketua cawangan ,ketua pemuda dan puak buat naik berdera pas saja – apakah puak-puak ni saja tolong bui pas menang dikelantan ni!




Pasal bantuan ni, Walaupun sudah dapat bantuan Negeri , nak lagi bantuan Persekutuan, kalu tak bui riuh serata alam. Perangai puak pas kalu hak ore nak sangat kalu hak dia jange haraplah.

Kalu nak kerja dengan majlis dearah kena anak orang kuat pas saja , tak kira lah kaki makan kuda pas tu kerija malas bengang!

Sepanjang tahun ni tak dok nampak pun jasa kerajaan pas , kalu wakaf buruk atas kubur pun JPP kena buat puak-puak pengurusan pas dok buat gapo dia.

Masalah dale kerajaan negeri pun tak lesai-lesai lagu pegawai kena gantung ,tak ke tak leh nak bincang dan cari penyelesaian bunyi kabar bijak , mulut masin dan ore hormat ,bak pa jadi lagu ni.

Nik Aziz Tipu Orang Asli - Abd Rashid

Rahsia Nik Aziz Bela Anwar

PAS SEMAKIN TERSASAR SEJAK BERSEKUTU DENGAN PKR, DAP.


Seramai 80 ahli Pas di sini bertindak keluar parti kerana mendakwa parti pembangkang itu semakin tersasar daripada perjuangan asal sejak bersekutu dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP. Bekas Penghulu Pas Mukim Tualang Tinggi, Che Man Deraman berkata, prinsip perjuangan Pas kini menyimpang jauh dari konsep asal penubuhannya sehingga sanggup bersikap hipokrit menggunakan platform agama demi kepentingan politik. “Perjuangan Pas sekarang semakin mengelirukan. Sebab itu sebelum tersesat jauh, saya kira keputusan yang saya ambil ini (menyertai UMNO) adalah tepat. Saya tidak mahu menjadi ‘kuda kayu’ tunggangan Pas buat selamanya. “Diguna semasa perlu tetapi bila sampai masa tidak diperlukan, kita hanya jadi seperti kain buruk,” dakwanya ketika ditemui selepas majlis penyerahan borang menyertai UMNO kepada Ketua UMNO Bahagian Pasir Puteh, Zawawi Othman di sini, malam tadi. Rakan seperjuangannya, M. Rosli Yusoff mendakwa, kegagalan Pas menyediakan pembangunan rohani dan jasmani kepada rakyat mendorongnya bertekad untuk keluar daripada parti itu dan menyertai UMNO. “Cakap berjuang atas dasar agama, tapi apa tuntutan agama ke atas seseorang pemimpin yang telah Pas berikan kepada rakyat? Saya tidak nampak kesannya pun. Rakyat miskin di kampung masih tidak terbela. “Segala kemudahan dari segi prasarana pula UMNO yang buat. Inilah yang dikatakan Pas hipokrit dan sikap itu kini tidak melayakkan parti itu untuk terus menggunakan laungan takbir Allahuakbar,” dakwanya. Bekas aktivis Pas, Baharudin Che Mahmod pula mendakwa, visi dan misi perjuangan Pas kini jauh berbeza berbanding sebelum bergabung dalam pakatan pembangkang bersama-sama PKR dan DAP. “Perjuangan parti itu kini jelas tidak menguntungkan orang Melayu yang semakin ketinggalan dalam arus kepesatan ekonomi negara. “Selama 21 tahun (Pas memerintah Kelantan), tiada apa – apa perubahan pun yang dibawa oleh Pas kepada rakyat. “Tapi kalau tengok kepada wakil – wakil rakyatnya bukan main lagi, mewah – mewah. Ini menyebabkan rakyat semakin tidak yakin dengan Pas,” dakwanya.

Friday 22 April 2011

Nik Aziz Minta Anwar Bersumpah

GHAIRAH RAMPAS TANAH DI KELANTAN SELATAN..PAS BERALIH RAMPAS TANAH DI KELANTAN UTARA.. TERUSKAN TRADISI TINDAS RAKYAT,

Selepas tanah di Hulu Kelantan diambil, Kerajaan Pas kelantan kini semakin rakus untuk merampas tanah rakyat di tengah-tengah bandar ini.


Ia menimbulkan kebimbangan penduduk di Kampung Atas Kubor di sini apabila khabar angin mula tersebar kampung yang sekangkang kera di tebing Sungai Kelantan itu akan diambil untuk dibangunkan.

Perkara ini diluahkan sendiri oleh Setiausaha Badan Kebajikan Kelab Penyokong Tok Guru, Muhammad Shaari yang merupakan penyokong setia Pas ketika pertemuan dengan Ketua UMNO Bahagian Kota Bharu, Datuk Muhamad Fatmi Che Salleh.

Muhammad ternyata berang dengan khabar angin itu kerana dia bimbang akan mendapat nasib yang sama dengan penduduk di Hulu Kelantan yang tidak mendapat sebarang pembelaan apabila tanah mereka diambil.

Tahap kemarahan itu ternyata jelas apabila dia membuka Markaz Pas Kampung Atas Kubor untuk Fatmi melawat malah dia juga menyediakan kerusi dan meja untuk orang UMNO serta penduduk kampung yang minum pagi di warung sebelah Markas Pas itu.

“Kami tinggal di sini sejak berpuluh tahun lalu, kalau nak ambil tanah ini, boleh tapi tolong buat perancangan untuk kami.

“Sediakan kawasan penempatan yang baru atau berikan pampasan kerana yang tinggal di sini bukannya setinggan,” katanya yang mewakili kira-kira 40 keluarga penduduk kampung itu.

Bagi Muhammad protes itu perlu dibuat lebih awal supaya Kerajaan Pas Kelantan buka mata dan memasukkan nasib penduduk kampung itu ke dalam perancangan Kerajaan Pas Kelantan.

Difahamkan kawasan tebing Sungai Kelantan bermula dari Jalan Che Su sehingga ke Jalan Gajah Mati akan dibangunkan dengan projek mewah.

Wednesday 20 April 2011

KERAJAAN KELANTAN BELI AIR DENGAN TERENGGANU?... ANIZAM SILA JAWAB.

ehsan dari : http://yuseriyusoff.blogspot.com/2011/04/kelantan-beli-air-dengan-terengganu.html


Bila kita kata Kelantan ada masalah air yang tahap kronik, ramai yang marah. Ramai yang kata kita fitnah untuk memburuk-burukkan PAS Kelantan. Walhal itu adalah hakikat yang harus ditelan oleh 1.9 juta rakyat Kelantan yang terus menerus dibelenggu masalah air.

Penduduk di Semerak yang terletak di hujung  daerah Pasir Puteh dan bersempadanan dengan Besut ini sehingga ke hari ini terus dihimpit masalah ketiadaan bekalan air yang sempurna. Belum dikira Machang dan kawasan-kawasan yang lain.

Dan ia bukan masalah baru, malah sudah berlarutan dalam tempoh masa yang agak lama. Ini semua disebabkan kegagalan PAS Kelantan menjalankan tanggungjawab mereka dengan sempurna. Buat masa ini syarikat Bekalan Air Kelantan (AKSB) mendapatkan bekalan dari loji Rawatan Air Merbau Chondong untuk keperluan penduduk Semerak.

Malah melalui loji ini juga digunakan untuk menyalurkan bekalan air kepada seluruh Pasir Puteh dan Machang. Sebab itu kadang-kadang penduduk Semerak kejap dapat air, sekejap tiada bekalan air. Kerana loji ini tidak mampu menampung keperluan untuk 3 buah kawasan.

.

Dalam tempoh 21 tahun memerintah, mereka gagal malah meminta lagi tempoh 17 tahun untuk menyelesaikan isu air. Jika dicampur 21 + 17 = 38. Ini bermakna rakyat Kelantan perlu melalui tempoh 38 tahun pemerintahan PAS untuk dapat air yang sempurna.

Disebabkan isu air menjadi mimpi ngeri PAS Kelantan sekarang ini, maka tindakan untuk menyelamatkan diri perlu dilakukan, jadi mereka bertindak mengadakan rundingan dengan kerajaan Terengganu untuk membeli  5 juta liter air sehari dari daerah Besut untuk dibekalkan kepada penduduk Semerak.

Langkah ini dimaklumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerja Raya, Ultiliti dan Alam Sekitar Kelantan Mejar (B) Dato Mohd Aznizam. Perkara ini dimaklumkan selepas mesyuarat exco baru-baru ini.

Dan saya percaya kos untuk membeli setiap liter air ini adalah dengan menggunakan sumbangan kerajaan pusat sebanyak RM19 juta pada 10 April yang lalu. Yang disalurkan melalui Pengerusi Majlis Tindakan Pembangunan Negeri Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Sebab sumbangan inilah baru kerajaan PAS Kelantan dapat mencari penyelesaian yang berbentuk sementara.  Kalau tanpa bantuan yang disalurkan, usah mimpi masalah air akan diselesaikan.

Mereka lebih mengutamakan projek ladang rakyat, kambing dan bazar yang boleh memberi keuntungan kepada anak beranak mereka.


MAT SABU DALAM DILEMA MENJELANG PEMILIHAN PUCUK PIMPINAN PAS PUSAT

 Tak teringatkan Normah ke bro Mat Sabu oii... hihihih

Video seks....video seks... video seks..

Belek sahaja portal berita pagi ini terus disajikan dengan kisah video seks melibatkan pemimpin politik Malaysia. Pagi ini ketika membaca laporan dari The Malaysian Insider berhubung kes video seks Anwar Ibrahim.

Saya tertarik bila meneliti kenyataan bekas pengawai polis yang pernah terlibat dalam penyiasatan kes-kes melibatkan Anwar Ibrahim pada tahun 1999 iaitu bekas ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumput Datuk Mat Zain Ibrahim.

Katanya pada tahun 1999 ketika menyiasat video seks yang dikatakan melibatkan Anwar Ibrahim ada lagi satu video seks yang diedarkan kepada orang ramai iaitu 'skandal seks Mat Sabu'.

"Pengedaran video seks ini di sekitar Kuala Lumpur berlaku pada 24 dan 25 November 1999 beberapa hari sebelum pilihan raya umum ke-10 yang diadakan pada 29 November.
Katanya, terdapat dua video seks yang diedarkan serentak Iaitu satu berjudul “Siapa Anwar” manakala yang satu lagi berjudul “Skandal Seks Mat Sabu”, yang merujuk kepada Mohamad Sabu, ahli jawatankuasa kerja PAS pusat."
Umum mengetahui bahawa Mat Sabu pernah ditangkap berkhalwat dengan isteri orang pada tahun 1994. Angkara kes tersebut, karier politik Mat Sabu terus merundum. Malah TG Nik Aziz bertindak melarang Mat Sabu dari menghadiri ceramah-ceramah PAS pada waktu itu.

Kes Mat Sabu ditangkap berkhalwat dengan wanita bernama Normah menjadi topik hangat sehinggalah pada tahun 1995 mahkamah melepaskan Mat Sabu kerana kekurangan bukti. Selepas kes tersebut digugurkan oleh mahkamah. PAS bertindak mengkambing-hitamkan UMNO kononnya UMNO dalang disebalik penangkapan Mat Sabu.

Adakah video seks yang dimaksudkan oleh bekas ketua Jabatan Siasatan Jenayah KL itu adalah aksi Mat Sabu dengan isteri orang dalam bilik Hotel Perdana?

Nampaknya Mat Sabu perlu berhati-hati memandangkan beliau sekarang ini bakal bertanding untuk merebut jawatan Timbalan Presiden dalam pemilihan PAS pada Jun ini. Manalah tahu isu lama dikorek kembali oleh musuh Abang Mat Sabu sendiri nanti.

Semoga bro Mat Sabu menang bertanding nanti. Dah lama benar bro Mat Sabu tenggelam dalam arus politik negara. Semuanya gara-gara NORMAH!!! 

SJM: LAMA JUGA TUNGGU MAT SABU BUKA BILIK, SEKARANG BILIK 121 DAH TAK ADA LAGI OLEH KERANA HOTEL PERDANA TOTALLY UBAH SUAI.

DATO NAJIB MAHU TOLONG PENIAGA PASAR MPKB?


sarapan pagi di Pasar Lama MPKB. Beli nasi bungkus makcik yg jual di kaki lima. Sambil dok bungkus nasi makcik ni sempat lg berkata...

" Kita dah nak kena pindah ke Bazaar Tok Guru tp ramai daripada kami tidak setuju sebab saiz kedai yg terlalu kecil dan ada ke patut satu meter (unit) eletrik di kongsi untuk 10 unit kedai, jadi kalau salah sorang dari kami tidak berniaga dan yang lain-lain berniaga alamatnya bil eletrik tetap kena kongsi bayar sama banyak...


Makcik tu mencelah lagi ,"kita orang dah buat perjumpaan bersama wakil PAS dan Dato' PA. Hasil perbincangan sepakat untuk tangguhkan perpindahan ini ke tahun hadapan. Tambah Makcik tu lg dia kata , Dato' Najib setuju utk bayar Bgn Pasar Lama MPKP ni jika BN dapat perintah KEL semula & biarkan para peniaga utk terus berniaga disini"......

SEJARAH "MAIN POLITIK' DI KELANTAN


Tidak terlalu keterlaluan jika dikatakan orang Kelantan kuat berpolitik. Ini jelas dapat dilihat bahawa orang Kelantan sudah beberapa kali menukar bentuk kerajaan mereka. Dalam pilihan raya pra-merdeka pada 27 Julai 1955, Perikatan diberi mandat penuh, tetapi dalam pilihan raya pertama selepas merdeka pada Ogos 1959, PAS telah diberi mandat untuk menerajui kerajaan Kelantan apabila menang besar, iaitu 28 kerusi daripada 30 kerusi yang dipertandingkan.

Kemudian pada tahun 1978, kerajaan PAS Kelantan jatuh ekoran krisis dalaman yang teruk, maka telah membawa kepada pilihan raya negeri Kelantan pada 11 Mac 1978.

Tuesday 19 April 2011

BETING MARO: KUBU TERAKHIR PAS DI SARAWAK.


Pada jam 9 pagi (13 April 2011) SJM mendapat panggilan dari salah seorang pemimpin kanan supaya segera ke Beting Maro. Ini kerana keadaan dan laporan menyatakan Beting Maro ketika itu tersenarai sebagai kawasan Hitam yang sebelum ini adalah kawasan Putih dan  menjadi kubu kuat BN di Sarawak.


SJM ketika itu berada di SIBU terus mendapatkan pengankutan yang sewajarnya untuk ke DUN Beting Maro. Perjalanan dari bandar Kuching ke Beting Maro memakan masa 6 jam. Dalam perjalanan ke Beting Maro bersama pasukan SJM membuat penilaian sendiri mengenai faktor kenapa Beting Maro yang sebelum ini berstatus Putih telah bertukar kepada Hitam. Setelah agak lama membuat penilaian SJM mendapat rumusan bahawa Beting Maro bertukar status kerana gerak kerja PAS Pusat yang sudah berkampung di Beting Maro selama 10 hari. PAS sewa rumah dengan bayaran RM400 sebuah rumah, PAS meletakkan seorang Exco Kelantan menjaga satu peti undi, PAS melancarkan gerakan ceramah dengan memburuk-burukkan Ketua Menteri, memburukkan PM dan memburukkan Tok Pa.


PAS sudah berkampung di Beting Maro selama 10 hari dan mereka menjalankan kempen secara agresif di Beting Maro. PAS mahu pastikan Beting Maro mereka kuasai dan menang dalam PRN Sarawak.PAS tiada cara lain kerana 4 DUN lain yang mereka bertanding sudah jelas mereka kalah. Mereka hanya ada Beting Maro ketika itu. PAS berbuat demikian ada sebabnya, antaranya:



  1. PAS mahu buktikan PARTI SONGSANGNYA telah diterima rakyat Sarawak dan mereka akan membawa keputusan itu ke semenanjung dan akan berkata "RAKYAT SARAWAK SUDAH TERIMA PAS KENAPA SEMENANJUNG PERLU TOLAK PAS".
  2. PAS mahu tunjukkan bahawa PARTI SONGSANGNYA sudah bertaraf Nasional dan setaraf dengan Parti-parti lain.
  3. PAS mahu buktikan kepada rakyat Kelantan yang mereka masih relevan. Disaat mood rakyat kelantan sekarang yang ingin menukar kerajaan dari PAS kepada BN.
  4. PAS tidak mahu kesemua 5 DUN yang mereka tandingi kalah.
Untuk tujuan itu PAS bermatian berkempen di Beting Maro, cara mereka berkempen sangat berlainan dengan acara mereka berkempen di Semenanjung, antara kelainannya ialah:

  1. PAS menganjurkan pertandingan KARAOKE di Beting Maro yang sememangnya KARAOKE haram bagi PAS di Semenanjung terutama di negeri Mursyidul amnya. Bahkan anak NIK AZIZ sendiri yang menjadi tulang belakang dan sebagai perasmi serta sebagai orang yang menyampaikan hadiah.
  2. PAS menjemput penyanyi kumpulan Rock Errow untuk tujuan konsert yang mana cara ini sangat bertentangan dengan kempen PAS di Semenanjung.
  3. Jentera PAS yang sebelum ini BERTUDUNG LABUH telah "singkatlan" tudung dan ada yang memakai "topi sudu" atau cap yang sebelum ini tidak dipakai Muslimah PAS.
  4. PAS tabur duit sebanyak RM100 satu keluarga dan hamper (meehun dan milo) yang tertera gambar pemimpin mereka. Sebelum ini PAS menolak sebarang cara memancing undi mengguna menggunakan WANG sebab mereka tidak mahu terjerumus dalam sebarang aktiviti RASUAH WANG.
  5. Semua Exco berkampung di Beting Maro. 
  6. Mereka menguasai Pengkalan Sungai di Beting Maro dengan membayar pengusaha-pengusaha bot tambang.
  7. Mereka naik rumah ke rumah secara agresif dan memohon serta merayu supaya mereka menang.
  8. Mereka melancarkan gerakan dengan menghantar ratusan jentera MUSLIMAT.
  9. Mereka  mengusai aktiviti malam anak-anak muda di Beting Maro.
  10. Mereka membayar anak muda supaya menaikkan Bendera PAS di sepanjang tebing Sungai.


Akan tetapi usaha mereka ternyata gagal apabila mereka kalah di beting Maro. ikuti sambungan gerak kerja BN yang melupuhkan Sonsangan PAS di Beting Maro...

MUFLIS IDEA... GADAI MARUAH... JUAL BANGSA, AGAMA DAN NEGARA

Semalam SJM merah sempat singgah di salah sebuah kedai makan bersebelahan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Kuala Besar. SJM sempat makan  bersama 10 orang penduduk yang kebetulan menunggu masa untuk pulang ke rumah dari majlis tahlil. Dalam seronok  berborak tentang hal masing-masing, ada seorang dari mereka bertanya kepada SJM mengenai Sarawak. SJM bercerita dari A sampai Z tentang pengalaman SJM di sana. sehinggalah SJM menyatakan orang Sarawak BIJAK BERPOLITIK tidak seperti orang semenanjung berpolitik. Orang Sarawak berpolitik matang, mereka tidak "over"..mereka saling menghormati. Mereka tiada kacau bilau seperti mana berlaku di semenanjung.


Disemenanjung "politik fitnah", "maki hamun" menjadi amalan. Dapat dilihat cara PAS berpolitik, PKR berpolitik, semua penuh dengan maki hamun sehinggakan UMNO pun terikut-ikut cara mereka. Apapun dalam keadaan apa cara sekali pun berpolitik, diharap semua orang bijak dalam mengatur langkah politik. Jangan sampai tergadai maruahs, jual bangsa dan agama dek kerana muflis idea politik.


Monday 11 April 2011

TAHNIAH SARAWAK, MENJADI NEGERI TERTINGGI TERIMA JUMLAH PELABURAN

"keadaan ini berlaku kerana Sarawak mempunyai iklim pelaburan yang baik dan sistem pentadbiran negeri yang kukuh serta banyak menyokong syarikat-syarikat dari dalam dan luar negara untuk terus melabur di negeri ini,:- Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Sri Mustapa Mohamed.

Sarawak menerima jumlah pelaburan dalam dan luar negara yang tertinggi berbanding negeri-negeri lain di Malaysia untuk tempoh dua tahun berturut-turut. Sepanjang 2008 sarawak menerima pelaburan berjumlah RM15.2 Billion daripada RM62.8 Billion yang diluluskan Lembaga Kemajuan Industrial Malaysia (MIDA).

Tahun berikutnya, Sarawak terus mendahului iaitu dari RM8.5 Billion berbanding seluruh Malaysia iaitu RM32.6 Billion. Keadaan ini berlaku kerana Sarawak mempunyai iklim pelaburan baik dan sistem pentadbiran negeri yang kukuh serta banyakmenyokong syarikat-syarikat dari dalam dan luar negara untuk terus melabur di negeri Sarawak.



HARI YANG KE-7 SELEPAS PENAMAAN CALON

Hari ini sudah masuk hari yang ke-7 saya di Sarawak dan bahang pilihanraya Sarawak makin jelas terasa apabila hanya tinggal beberapa hari lagi tempoh berkempen. Sepanjang 6 hari lepas saya melihat sesuatu yang sudah saya jangka di hari pertama penamaan calon lagi iaitu Kemungkinan cubaan untuk Pakatan Haram mengambil alih kerajaan Sarawak adalah amat tipis..malah amat-amat tipis. momentum pilihan raya kecil yang memberi kemenangan kepada calon Barisan Nasional menunjukkan sokongan rakyat telah mula kembali dan bertambah kepada kerajaan yang memerintah sekarang.

Oleh yang demikian, saya nampak sememangnya rakyat Sarawak sedar bahawa mereka boleh menggadaikan masa depan politik mereka jikalau memilih Pakatan Rakyat pada PRN Sarawak nanti.

Apa yang saya perhatikan dan sedang berlaku sekarang ialah janji-janji manis sahaja yang diberikan kepada Rakyat Sarawak untuk mengaburi mata Rakyat Sarawak, dan jika diperhatikan semua janji-janji manis itu adalah recycle dari janji-janji yang pernah mereka tabur sebelum mereka menawan Pulau Pinang, Selangor dan Kedah.

Jikalau dahulunya rakyat Pulau Pinang, Selangor dan Kedah boleh terpengaruh dengan janji-janji manis mungkin disebabkan mereka ingin mencuba. dan jelas sekarang cubaan mereka telah membuatkan mereka merana. Janji-janji yang ditabur pembangkang sekarang hanya tinggal janji. dan Rakyat Sarawak jelas menyaksikan bagaimana corak pemerintahan mereka selepas mereka merampas negeri-negeri tersebut.

Yang jelas Pakatan Haram ini tidak mempunyai persamaan langsung dari segi ideadologi dan semangat perjuangan. Apa yang mereka bawa ada politik Ketaksuban, Politik Ego dan Politik Gila Kuasa. Akibat dari pegangan ini lah mereka bertelagah sesama sendiri menyebabkan rakyat menjadi mangsa.

Insyallah Rakyat Sarawak sekarang sudah bijak berpolitik malah matang dalam dunia politik, mereka pandai menilai yang mana permata dan yang mana kaca, mereka tahu memilih yang mana Intan yang mana batu. Semoga kebijaksanaan mereka ini akan terus menjamin mereka bahagia di bawah pemerintahan Barisan Nasional nanti.

Sunday 10 April 2011

GEMPAR.. ANWAR BERKAWAN DENGAN KAKI EHEM EHEM.

SALAH SEORANG KAWAN ANWAR DI SARAWAK. KALAU KITA TENGOK GAMBAR INI DAN KITA IMBAS KEMBALI APA YANG YANG BERLAKU DALAM VIDEO SEX ANWAR. MUNGKIN ANDA AKAN DAPAT JAWAPANNYA.














Wartawan ini yang buat Anwar mengamuk ... soalan maut Jam Omega

Ini lah wartawan yang menanyakan soalan maut kepada Raja Pembohong , Datuk Seri Anwar Ibrahim iaitu tentang persoalan jam tangan Omega.

PB memang respect la dengan awek cun wartawan  ini yang bertanya dengan sopan , tiba-tiba Anwar naik sheh terus meroyan dan tanya soalan kepada wartawan itu pulak . 

Apa masalah Anwar dok melompat melenting tak tentu pasal bila ditanya tentang Jam tangan Omega ?? sensitif sangat ka bila sebut benda itu ? 

Wartawan itu bertanya kerana isu jam tangan omega itu yang  sudah dijawab isterinya beberapa hari lepas  dan mereka dakwa memilikinya .

Untuk pengetahuan , wartawan ini PB memang ingat la betul wajahnya ..mungkin lawa kot ..haha  ...selalu muncul di TV3 di Buletin Utama . namanya kalau tak silap Nik Suryani Megat Deraman .. 

apapun PB ucapkan syabas kepada beliau !! 

Anda telah berjaya buat Anwar pening dan serlahkan betapa kuatnya kaki pembelit ini bohong kepada rakyat ! -SUMBER PEJUANG BANGSA

Anwar naik angin pasal Omega



Jahanam punya si laknat tua ni. Asyik2 nk putar belit bila soalan dituju, menusuk ke kalbu. Bodoh! tak sangka, ada gak orang bodoh mcm si laknat tua ni wujud kat atas bumi ni. Orang tanya pasal kes seks ko, yg ko gi putar 360 kasi campur nama Najib apasal? oh ye lupa pulak, yg dok gebang 1 malaysia katakan Najib bunuh si pelacur monggolia tu bukan ko ke? ahahaha.. bodoh bebal! buat apa nk tanya si Najib, sedangkan ko sendiri gebang katakan yg ko ada bukti. ahaha.. kesian.

PELAKON MIRIP AZIZAH DAN ANWAR IBRAHIM DALAM INI VIDEO

DAHULU PAKATAN GELARKAN MELAYU FELDA SEBAGAI "MELAYU HUTAN" SEKARANG GELAR ORANG SARAWAK SEBAGAI "ORANG HUTAN SARAWAK"

"orang hutan sarawak dah banyak mati bai....orang hutan dan orang utan lain"  begitu lah petikan ucapan ahli PAS dan disambut hilai ketawa oleh Penyokong PKR. Kami tidak tahu kenapa mereka ungkap perkataan yang biadap seperti itu. Sebelum ini mereka pernah menggelarkan Melayu Felda sebagai Melayu Hutan, akibatnya mereka kalah teruk di semua peti undi felda semasa pilihanraya Kerdau dan Merlimau baru-baru ini. 


Ungkapan Orang Hutan Sarawak telah menghina masyarakat Sarawak yang kaya dengan baik tutur katanya, lemah lembut sifatnya. Ditambah pula, dinyatakan gelaran orang Hutan dengan Orang Utan adalah berbeza..apakah maksud semua ini. 

Diharap Orang PAS dan PKR fahami sensitiviti masyarakat dan orang sarawak.. Orang sarawak boleh nilai bagaimana sifat PAS dan PKR ini. belum memerintah sudah gelar macam-macam..kalau memerintah rasanya banyak lagi gelaran yang diberi. kekalkan dengan BN, BN telah buktikan kemampuannya.

19 JUTA UNTUK AIR BERSIH DI KELANTAN. TERIMA KASIH TOK PA

KOTA BAHARU - Kegagalan syarikat Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) menyalurkan bekalan air bersih kepada pengguna menyebabkan kerajaan pusat mengeluarkan peruntukan yang lebih bagi membantu rakyat negeri itu.Pengerusi Majlis Tindakan Pembangunan Negeri Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata tahun ini, kerajaan Persekutuan menyalurkan RM19 juta kepada Jabatan Kesihatan Kelantan bagi menyelesaikan masalah air bersih di kawasan kritikal.

"Ini penyelesaian sementara, (penyelesaian) yang kekal sepatutnya melalui AKSB. Jika AKSB benar-benar dapat menyelesaikan masalah itu peruntukan dari kerajaan pusat ini sepatutnya boleh diguna untuk pembangunan lain di negeri ini antaranya membina beberapa sekolah.

"Sebab itu kita amat dukacita dengan masalah ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Dialog Kesihatan Kelantan, di sini Ahad.

Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata pihaknya sedang menyenaraikan semula kawasan kritikal yang memerlukan penyaluran air bersih mengikut keutamaan.

Dalam perkembangan lain, Mustapa yang juga Anggota Parlimen Jeli turut dukacita dengan kenyataan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat baru-baru ini yang mendakwa Kelantan bebas dan bersih daripada sebarang penyelewengan termasuk rasuah.

Katanya kenyataan Mursyidul Am PAS itu tidak mencerminkan keadaan yang berlaku di Kelantan, yang mana masih banyak isu belum dijawab kerajaan negeri dan menimbulkan keraguan rakyat seperti isu Ladang Rakyat dan Bazar Tok Guru.

"Saya setuju kita guna pendekatan Islam untuk selesai masalah termasuk rasuah (sebagaimana yang diminta Nik Aziz) tetapi kalau kata Kelantan semua bersih (dari penyelewangan dan rasuah, kita tak setuju.

"Rakyat Kelantan nak tahu Ladang Rakyat, Bazar Tok Guru...bahawa Kelantan bebas dari penyelewengan. Rakyat Kelantan nak tahu...(tapi) semua tergantung, jangan menuding jari pada kerajaan pusat sahaja," katanya.

Beliau mengulas kenyataan Nik Abdul Aziz yang dilapor kesal dengan situasi terkini berhubung isu rasuah melibatkan Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia. - BERNAMA

Sempena Gerak Mesra Calon Dun N49 Nangka Dr. Annuar Rapa`ee

sumber: http://yuseriyusoff.blogspot.com

Baru sahaja sebentar tadi, saya mengikuti program calon BN untuk kerusi DUN N49 Nangka Dr. Annuar Rapa`ee meninjau kawasan penduduk Kampung Nangka.

Kampung Nangka yang majoriti penduduknya melayu melanau menyambut baik kedatangan calon BN. Malah ada yang menceritakan masalah yang dialami kepada calon BN Dr. Annuar Rapa`ee.

Antara gambar-gambar menarik yang sempat saya rakamkan sekejap tadi.






Kerusi DUN Nangka sebelum ini dimenangi BN dengan majoriti lebih 4 ribu undi. Untuk kali ini saya melihat BN berada pada tahap yang selesa. Memandangkan calon BN merupakan anak tempatan dan berketurunan melayu melanau.