Friday 1 April 2011

KOD002: KRONOLOGI BAZAR (HANTU)... BAZAR TOK GURU

  1.  06/03/08 : Persatuan Peniaga Pasar Lama MPKB dan Pasar Lambak Arked Uda menandatangani MoU dengan PMBK untuk perpindahan ke Ruang Niaga Bazar Tok Guru. PMBK berjanji untuk sediakan 415 ruang niaga untuk peniaga di aras bawah Bazar.
  2. 14/01/2010 : Laman Blog Kickdefella dedahkan Kerajaan Negeri alami kerugian RM50 Juta (duit Rakyat) di dalam Projek Bazar Tok Guru.
  3. 15/01/2010 : Nik Aziz akui kerugian tersebut disebabkan kelalaian dan terpaksa membeli balik aras bawah selepas peniaga menolak untuk berpindah ke tingkat satu. (tidak seperti yang dijanjikan.)
  4. 16/01/2010 : Exco PAS Kelantan, Datuk Takiyuddin Hassan menafikan pengakuan Nik Aziz dan mempersoalkan maklumat mesyuarat Exco Bocor.
  5. 17/01/2010 : Pergerakan Pemuda UMNO Kelantan membuat laporan Polis dan SPRM mengenai kerugian tersebut. Perlantikan Arif fahmi (menantu Nik Aziz) sebagai CEO PMBK juga dipersoalkan. Nik Aziz menjawab "Zaman Nabi pun Kroni".
  6. 23/03/2010 : CEO PMBK, Arif Fahmi meletak jawatan kerana disiasat rasuah dan didesak Kepimpinan PAS Negeri dan Pusat.
  7. 14/01/2011 : Peniaga desak PMBK tunai janji yang dibuat oleh Nik Aziz sebelum PRU 2008.
  8. 18/01/2011 : SPRM siasat pembinaan Bazar Tok Guru.
  9. 21/01/2011 : Peniaga bertemu dengan Datuk Sri Mustapa Mohamed dan Datuk Fatmi Salleh selepas gagal berunding dengan kerajaan Zalim PAS Kelantan.
  10. 28/01/2011 : Datuk Nik Amar, Exco Kelantan sifatkan peniaga "biawak pasir" dan sifatkan peniaga berfikir dengan kepala lutut kerana menolak tawaran Kerajaan PAS Kelantan.
  11. 10/03/2011 : Pengerusi dan ahli persatuan mengkritik kerajaan negeri PAS Kelantan secara terbuka pada majlis sambutan Maulidur Rasul yang turut dihadiri Nik Aziz.
  12. 11/03/2011 : Nik Aziz minta peniaga memohon maaf kepada datuk Anuar Tan dan menegaskan kerajaan negeri tidak akan membuat tawaran baru.
  13. 13/03/2011 : peniaga tidak akan memohon maaf dan tetap tidak akan berpindah biar apapun terjadi.

No comments:

Post a Comment