Tuesday 19 April 2011

MUFLIS IDEA... GADAI MARUAH... JUAL BANGSA, AGAMA DAN NEGARA

Semalam SJM merah sempat singgah di salah sebuah kedai makan bersebelahan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Kuala Besar. SJM sempat makan  bersama 10 orang penduduk yang kebetulan menunggu masa untuk pulang ke rumah dari majlis tahlil. Dalam seronok  berborak tentang hal masing-masing, ada seorang dari mereka bertanya kepada SJM mengenai Sarawak. SJM bercerita dari A sampai Z tentang pengalaman SJM di sana. sehinggalah SJM menyatakan orang Sarawak BIJAK BERPOLITIK tidak seperti orang semenanjung berpolitik. Orang Sarawak berpolitik matang, mereka tidak "over"..mereka saling menghormati. Mereka tiada kacau bilau seperti mana berlaku di semenanjung.


Disemenanjung "politik fitnah", "maki hamun" menjadi amalan. Dapat dilihat cara PAS berpolitik, PKR berpolitik, semua penuh dengan maki hamun sehinggakan UMNO pun terikut-ikut cara mereka. Apapun dalam keadaan apa cara sekali pun berpolitik, diharap semua orang bijak dalam mengatur langkah politik. Jangan sampai tergadai maruahs, jual bangsa dan agama dek kerana muflis idea politik.


No comments:

Post a Comment