Wednesday 17 August 2011

emosi anwar ibrahim tidak stabil... ada orang cakap macam orang gila....

Pendedahan Isu Gereja DUMC: Nea Reima Mareana Adalah Pelajar Cemerlang, Peroleh 14A

Gambar Nea Reima : September 06, 2009

Gambar Nea Reima : February 07, 2009

Gambar Nea Reima ketika pemeriksaan JAIS di Gereja DUMC Ogos, 02, 2011  

Ketika berusia 17 tahun, Nea Reima Mareana Mahadzir telah membuktikan kesukaran hidup bukan penghalang untuk memperoleh 14A.

Dia memperoleh sembilan 1A dan lima 2A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2006.

Nea Reima anak keempat daripada lima beradik itu, pernah berkata, apa yang penting ialah kemahuan untuk berjaya dengan berusaha sedaya upaya bagi merealisasikan keinginan tersebut.

Ketika itu, Nea Reima yang bersekolah di SMK Sultanah Asma memberitahu, dia tidak mempunyai waktu tertentu untuk mengulangkaji tetapi akan menelaah pelajaran pada masa yang membolehkannya menumpukan sepenuh perhatian.

Sejarah kenangan manis Nea Reima tersebut dicatakan di Utusan Online pada 13/03/2007. Sila baca di sini...

Amat menyedihkan, terdapat segelintir golongan atau parti yang memperjuangkan Islam menyalahgunakan kuasa, tidak amanah, dan mengambil kesempatan atas tiket "agama" semata-mata kerana mahu meraih undi.

Jika tertakdir Nea Reima serta rakan-rakanya sudah terpesong akidah seperti mana dicurigakan, maka menjadi tanggungjawab kita sebagai umat Islam untuk membantu mereka. Semoga keislaman mereka masih utuh.

Seruanku kepada rakan-rakan islam marilah bersatu bersama menaganni masalah ini... Bicara politik yang tidak ada berkesudahan dan bukan jihad mutlak itu kita simpan di belakang dahulu.

Maruah agama dan bangsa lebih hebat dan besar daripada maruah pertubuhan parti, bersamalah kita bertawaduk dan bertafakur membela sesama kita didalam senyap yang penuh berhikmat.

Sudah menjadi kewajiban bagi kita umat Islam untuk menjaga akidah umat Islam.

Aku yakin Nea Reima Mareana mampu membuktikan sekali lagi kesukaran hidup bukan penghalang untuk Nea meneruskan perjalanan hidupnya...

Saturday 13 August 2011

HADIAH KEPADA RAKYAT JIKA KELANTAN MASIH DIKUASI REJIM PAS SELEPAS PRU 13


PAS sudah memerintah Kelantan selama 21 tahun, bukan satu jangka masa yang singkat tu ya.  Bayi yang lahir pada tahun Nik Aziz angkat sumpah buat pertama kali sebagai Menteri Besar Kelantan pada 1990, kini sudah berusia 21 tahun, dan masih menatap wajah Nik Aziz sebagai Menteri Besar.

Arus pembangunan yang begitu pesat di negeri-negeri selain Kelantan sepanjang tempoh tersebut begitu pesat sekali, Kelantan terpinggir dan tidak banyak berubah.  Termasuk yang tidak berubah itu ialah Menteri Besarnya yang kita yakin sekali akan pegang jawatan tersebut hingga mati!

Tapi bukan itu yang nak JAKET MERAH kongsikan hari ini.
Tulisan JAKET MERAH hari ini adalah merujuk kepada kenyataan seorang  Exco Kerajaan Negeri Kelantan beberapa hari lepas mengenai cadangan pembinaan lebuhraya bertol 4 lorong menghubungkan Kota Bharu dan Kuala Kerai sejauh 63km, agak sedikit mengelirukan jaket merah.  Keliru kenapa?  Kejap lagi jaket merah terangkan.

Kata Exco itu, lebuhraya tersebut akan dibina oleh pihak swasta melalui konsep penswastaan  setelah kerajaan pusat tidak meluluskan peruntukkan untuk membina lebuhraya tersebut yang dijangka bernilai RM 1.9 billion.

Disini yang jaket merah keliru tu sebab Pakatan Rakyat yang dianggotai PAS beria-ia nak hapuskan tol di seluruh Malaysia kalau berjaya memerintah kerajaan persekutuan besok.  Janji ini dinyatakan secara jelas dalam buku Jingga yang dikeluarkan mereka.

Tapi PAS pulak nak membina lebuhraya bertol?  Macam mana sekejap kata nak hapuskan tol di seluruh negara tapi buat lebuhraya baru di Kelantan, kena tol?  Ini bukan  jaket merah sorang saja yang keliru, rakyat jelata turut keliru sama.

Apa justifikasi Exco ini  nak mengenakan tol?  Bukankah kerajaan PAS kerajaan berkebajikan kononnya, bagi free sajalah.

Untuk pengetahuan pembaca, dalam soal peruntukkan tidak diluluskan ini, tidak timbul soal tidak adil atau balas dendam kerana memang kerajaan persekutuan tidak pernah membelanjakan duit rakyat untuk tujuan membina lebuh raya dimana-mana negeri pun (termasuk yang diperintah BN).

Semua lebuhraya di Malaysia adalah dibina oleh pihak swasta melalui konsep penswastaan yang sekarang nak ditiru oleh PAS.  Sekadar menyebut beberapa, lebuhraya utara selatan dibina oleh pihak PLUS, Lebuh Raya Pantai Timur oleh MTD Prime Sdn Bhd dan LEKAS oleh Lebuhraya Kajang Seremban Sdn Bhd
Memang sekarang PLUS dimiliki kerajaan melalui Khazanah, tapi itu hanya berlaku pada 2002 (setelah lebuhraya siap), sebelum itu PLUS dimiliki oleh Kumpulan Renong milik Tan Sri Halim Saad.  Bila ambil alih, bukan aset saja yang dimiliki kerajaan tapi hutang juga, maka itu kutipan tol untuk lebuhraya utara selatan diteruskan.

So, apa cerita sekarang?  PAS bina lebuhraya dengan kerjasama pihak swasta, boleh kutip tol, kerajaan BN tak boleh?  Itu hal yang pertama, apa hal pulak dengan janji nak menghapuskan tol dalam buku Jingga tu?

Petikan Buku Jingga Mengenai Tol

Ini untuk rakyat nilaikan tahap kebolehpercayaan puak-puak ini. 

MAT SABU IKUT RENTAK HASAN ALI BILA TAHU RAKYAT MARAH..

Friday 12 August 2011

PAS RISAU... 12000 PENGUNDI YANG DIPADAMKAN TU ADALAH AHLI PAS...

komen jaketmerah: PAS MEMANG PERLU RISAU SEBAB PAS BUKAN HILANG 12 RIBU SAJA..MALAH RATUS RIBU... HILANG SOKONGAN.. SALAHKAN DIRI SENDIRI... JANGAN SALAHKAN ORANG LAIN..

PUTRAJAYA, 12 Ogos – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan memadam nama 12,000 pengundi yang berusia 90 tahun ke atas daripada senarai daftar pemilih berkuatkuasa serta merta, kata Pengerusinya Sri Abdul Aziz Mohd Yusof.
Beliau berkata keputusan itu dicapai oleh SPR dan Jabatan Pendaftaran Negara(JPN) baru-baru ini kerana mereka tidak lagi aktif berurusan dengan JPN selain telah meninggal dunia atau lucut kewarganegaraan.
Bercakap kepada pemberita sebelum menghadiri majlis berbuka puasa SPR disini hari ini, Abdul Aziz berkata bagaimanapun jika ada warga negara berusia 90tahun ke atas yang ingin mengundi tetapi mendapati namanya sudah dipadam, merekaboleh menghubungi SPR dan JPN untuk mengaktifkan nama mereka kembali.
Dalam perkembangan lain, Abdul Aziz menafikan SPR mendaftarkan nama warganegara asing sebagai pengundi supaya jumlah pengundi berganda seperti yangdidakwa pihak pembangkang.
“Tiada daftar pemilih yang 100 peratus tepat di mana-mana negara pun. Kitaada 12.3 juta pengundi di seluruh negara. Memang perlu berhati-hati supaya tidakberlaku kesilapan.
“Kadangkala ia berlaku juga disebabkan masalah teknikal, nama bertindih dansebagainya. Tetapi kita tidak akan biarkan nama-nama itu dan sentiasadibersihkan melalui Agency Link-up System’ (ALIS),” katanya yang akan mengadakanperbincangan untuk memperbaiki masalah itu dengan JPN pada minggu hadapan.
ALIS adalah sistem ekslusif yang menghubungkan secara dalam talian, ibupejabat dan pejabat negeri SPR dengan JPN.
Mengenai persediaan untuk menghadapi pilihan raya umum (PRU) ke-13, AbdulAziz berkata SPR sentiasa bersedia pada bila-bila masa untuk menghadapinyatermasuk mewujudkan jawatankuasa teknikal khas antaranya untuk memantau kawasanlogistik di setiap negeri, urusan bajet, petugas serta peti undi.
Pada majlis itu, beliau turut menyampaikan sumbangan kepadaanak-anak yatim dan kakitangan sokongan SPR dalam membantu meringankan bebanmereka untuk menyambut Aidilfitri.

PAS Berpecah!! Pemimpin Pas ‘Anwarinas’ Serang Nasrudin!



Selepas Datuk Dr. Hasan Mohd. Ali menjadi mangsa kecaman pemimpin Pas ekoran sokongannya terhadap Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) memeriksa gereja Methodist di Damansara Utama baru-baru ini, nasib yang sama dipercayai menimpa Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat, Nasrudin Hassan.

Nasrudin dipercayai menerima kecaman serta tekanan hebat daripada pemimpin Pas terutamanya golongan ‘Anwarinas’ iaitu kumpulan yang menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Tindakan itu dilakukan selepas Nasrudin mengeluarkan kenyataan keras kelmarin, bahawa Dewan Pemuda Pas Pusat akan tetap mempertahankan akidah umat Islam daripada dirosakkan, sekalipun dengan darah dan nyawa.

Ia diperkukuhkan lagi dengan status terkini Ketua Dewan Pemuda Pas itu di laman Facebooknya yang membayangkan beliau sedang ‘diserang’ apabila berkata: “Tidak mudah untuk kita memperjuangkan Islam. Kadang-kadang cabaran dalaman lebih perit dialami berbanding cabaran luaran. Ya Allah, Engkau berilah aku kekuatan,”.

Kelmarin, Nasrudin melalui laman blognya, http://www.eperjuangan.com , dilihat memberi ‘kejutan’ bermakna kepada pucuk pimpinan Pas yang sebelum ini takut untuk bersuara, apabila menyeru umat Islam bersatu di bawah payung akidah bagi memastikan tiada ruang yang membolehkan musuh Islam menyelinap masuk.

Lebih menambahkan kemarahan kumpulan ‘Anwarinas’ apabila beliau berkata: “Harga akidah tidak boleh dibayar dengan nilai sebuah atau lebih kerusi Parlimen mahupun Dewan Undangan Negeri (DUN), tidak boleh ditebus dengan jawatan bertaraf menteri atau wakil rakyat, sebaliknya nilai akidah, taruhannya ialah darah dan nyawa,”.

Dalam pada itu, tidak cukup dengan status tersebut, Nasrudin juga dilihat cuba meluahkan tekanan yang sedang dilalui akibat mengambil pendirian berbeza berbanding pucuk pimpinan Pas, melalui satu lagi status terdahulu yang penuh dengan maksud tersirat.

“Aku cuba berlari di kaki pelangi, mengukur jarak berbanding masa. Aku cuba gapai warna-warni, akhirnya akur ditipu fatamorgana. Begitulah realiti sisa umur di alam ini. Moga nur hidayah Ilahi dapat aku gapai, menyuluh lorong gelap dan kelam menuju mahligai berseri bidadari, satu destinasi yang tidak dijangkau pelangi,” katanya.

Sementara itu, cubaan Utusan Malaysia untuk mendapatkan penjelasan Nasrudin sendiri berhubung dakwaan beliau sedang ditekan dan dikecam oleh pucuk pimpinan Pas, termasuk apa maksud sebenar di sebalik status Facebook gagal kerana telefon bimbitnya dimatikan.

DEWAN PEMUDA PAS BANGKIT... SOKONG HASAN ALI... TOLAK NIK AZIZ DAN KHALID SAMAD..

Perhimpunan anti-murtad di Masjid Shah Alam baru-baru ini turut diadakan di Masjid Simpang Enam, Pulau Pinang!

Tetapi yang menariknya ialah perhimpunan itu terdiri daripada Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang!


Tindakan mereka itu ternyata telah berlawanan dengan pendirian kepimpinan PAS seperti Hadi Awang, Khalid Samad dan lain-lain. Ianya memberi signal kepada kita bahawa kepimpinan PAS Pusat sedang mengambil krisis kepercayaan oleh ahli-ahli mereka sendiri!

Ahli-ahli politik PAS terlalu menjaga hati ahli politik DAP sehinggakan ahli-ahli parti itu sendiri bertambah mual dengan wayang kulit dan perubahan drastik mereka terutamanya Hadi Awang.

Seperti yang MiM katakan sebelum ini, isu besar anti-murtad ini telah membuka pekung di dada ahli-ahli politik PAS manakala ahli-ahli PAS menggunakan kesempatan terhadap isu ini untuk mengkritik pemimpin mereka seperti di Masjid Shah Alam.

Semuanya ini kerana permainan kotor parti DAP cauvinis yang semakin hari semakin kurang ajar dan sengaja mencabar kesabaran kita.

Ianya terbukti dengan pendedahan laporan di bawah yang menunjukkan campurtangan Exco DAP yang menghalang MBPJ daripada menyita premis DUMC yang telah menyalahgunakan kelulusan permit kegunaan premis.


Pihak DAP melalui lisan pemimpin-pemimpin yang disebutkan di dalam lapuran di atas melakukan campurtangan yang berbentuk menghalang penjawat awam melakukan tugas-tugas rasmi seperti berikut:-

1. Membuat panggilan talifon bertalu-talu menanyakan status tindakan penyitaan.
2.Membuat intimidasi jenayah terhadap kakitangan MBPJ -ancaman penukaran besar-besaran
3. Arahan memaksa MBPJ membuat penafian.

Inilah keparat-keparat DAP yang sengaja mencabar kesabaran banyak pihak terutamanya orang Islam negara ini.

Malah, isu larangan bacaan Al-Quran menggunakan pembesar suara di Pulau Pinang juga telah menimbulkan kemarahan kita terhadap kepimpinan DAP Pulau Pinang. Sejak mereka mentadbir negeri, pertelagahan kaum dan agama semakin ketara.

DAP Larang Azan Guna Pembesar Suara Waktu Subuh


PENGERUSI Kariah Masjid Padang Menora, Hamir Mahamud menunjukkan pekeliling JHEAIPP melarang bacaan al-Quran dengan menggunakan pembesar suara daripada masjid dan surau ketika ditemui di Padang Menora Tasek Gelugor.



Jabatan Hal Ehwan Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) mengarahkan semua masjid dan surau di negeri itu menghentikan bacaan al-Quran menggunakan pembesar suara pada waktu subuh kerana amalan itu bercanggah dengan hukum syarak dan boleh mengganggu orang lain di dalam dan luar masjid.

Arahan itu selaras dengan keputusan mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri pada 7 April lalu dan surat pekeliling mengenai larangan sudah dikeluarkan pada 3 Ogos lalu dan diedarkan kepada semua jawatankuasa kariah masjid.

Pelik takkan dengan keputusan diatas kerana tidak yakin bahawa JHEAIPP akan mengeluarkan arahan sedemikian kecuali ada tangan-tangan ghaib yang melakukannya tanpa kerelaan dari jabatan tersebut.

Yang Pasti wujudnya tekanan daripada pihak lain sehinggakan JHEAIPP terpaksa akur dan mengeluarkan arahan sedemikian sedangkan dalil yang diberikan boleh diperbincangkan.

Larangan tersebut dibuat atas alasan bahawa amalan bacaan al-Quran bercanggah dengan hukum syarak dan boleh mengganggu orang lain di dalam dan luar masjid.

Walhal sudah lebih beratus tahun amalan ini dilakukan oleh umat Islam dan ia bukan hanya tertakluk di Pulau Pinang saja tetapi di seluruh Malaysia. Amalan ini tidak pernah dipertikaikan oleh mana-maan pihak kerana ia telah dianggap sebagai adat setempat yang membawa kebaikan.

Jelas telah terbukti bahawa Dap adalah parti politik yang anti Islam dan anti Melayu sejak tahun 1969 lagi dan ia berlarutan sehingga hari ini.

Dap masih sama dari dahulu hingga sekarang cuma formula politiknya hari ini dijelmakan dalam hubungan diplomatik yang akrab dengan kononnya berbaik-baik dalam pakatan Pas dan PKR tetapi agenda mereka tetap sama.

Wednesday 10 August 2011

Perkara sebenar ketika pemeriksaan JAIS di gereja, beserta bukti

sumber dari islamituindah.

INI sedutan sidang akhbar 45 NGO Islam seluruh Selangor yang diadakan di bilik mesyuarat utama Masjid Negeri Shah Alam pada Isnin. Pengerusi Sahabat Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) Dr Dzulkhaini Husain;
Sebelum benda itu merebak ke tahap yang tidak dapat dikehendaki, elok buat PC (sidang akhbar), untuk jawab soalan-soalan supaya media faham.
Apakah niat kita?
Apakah tindakan yang dibuat oleh JAIS ini betul atau tidak, adakah tindakan yang dilakukan oleh Gereja Methodist ini, yang dipanggil dengan nama Gereja Methodist Damansara Utama yang sebetulnya bukan Damansara Utama, dia (terletak) di Seksyen 13 iaitu lima kilometer dari Damansara Utama.
Kita lihat laporan media mengenai perkara ini, di seluruh negara, yang merisaukan kita (NGO) adalah orang Islam dengan orang Islam pun bercanggah akan kesahihan perkara yang berlaku.

Hari ini kita panggil media, kami NGO telah menguji kekuatan (menyoal) JAIS selama hari Jumaat, Sabtu, Ahad hingga ke pagi ini untuk mencari apa sebenarnya yang telah berlaku.
Kami tidak sempat bertemu gereja kerana kesuntukan masa. Dengan dokumen-dokumen yang kami terima, apa yang dilakukan oleh JAIS itu (bertujuan) baik. Dengan itu, kami NGO-NGO yang bergabung untuk membetulkan keadaan ini ada 45 (pertubuhan) menyokong sepenuhnya tindakan JAIS dan perkara ini telah dimajukan kepada Sultan Selangor.
Mengapa kami percaya dengan cakap Jais?
Kami mudah, salah kami kata salah, kalau betul kami kata betul. Kami tidak ada hubungan dengan agensi kerajaan dan politik. Segala yang berlaku pada malam itu, maklumat awalnya adalah daripada ‘orang dalam’ yang dirahsiakan identitinya.
Apa yang berlaku?
Upacara yang dilakukan dipanggil Thanksgiving Dinner iaitu satu perkataan inggeris, terima kasih Allah, terima kasih Jesus, Thanksgiving atau dalam bahasa kita kenduri kesyukuran. Itu hak masing-masing.
Perkara itu berlaku dari pukul 6.30 petang, pada 3 Ramadan yang berlaku di satu dewan yang boleh menampung 100 orang. Pintu yang ditutup dan pintu dewan ini diletakkan bunga manggar, untuk mengelirukan bahawa upacara ini untuk umum. Di dalam dewan ini, berlakulah upacara Thanksgiving yang berlarutan sehingga jam 10.30 malam.
Dengan maklumat yang diperolehi, 13 penguatkuasa JAIS dan 20 polis telah datang ke tempat itu anggaran pukul 9.00 malam. Ketika sampai ke situ pintu, ada satu ruang legar, yang mana JAIS dan polis menunggu di situ lama dan memberi isyarat mereka adalah polis dan JAIS.
Mengambil masa yang lama juga, 20 ke 25 minit sebelum pintu itu dibuka. Jadi perkataan ‘raid atau raiding’ serbu atau serbuan itu yang memberi satu gambaran pintu itu dipecahkan dan ditendang tidak berlaku.
Orang itu menunggu dengan baik di luar. Gambar pun ada. Bila pintu dibuka, dalam bilik itu ada kira-kira 100 orang dengan satu per lima adalah penganut Islam. 12 dewasa, tiga lelaki, sembilan wanita dan lapan kanak-kanak. berada dalam tempat itu.
Apa yang berlaku, pada pukul 7.15 petang, jamuan makan dimulakan, ini bermakna, mana letaknya puasa? Kemudian terus kepada tarian. Pada pukul sembilan lebih dilakukan pulak membaca ayat karangan mereka yang bertajuk, Alhamdulilah dan Allahuakbar?

Ini apa bersangkut paut dengan Thanksgiving (dinner) dan Methodist, mengapa ayat-ayat yang diharamkan untuk digunakan oleh bukan Islam dalam Enakmen Agama Bukan Islam (kawalan perkembangan dikalangan orang islam 1988)
Sesudah itu, pada pukul 9 15, berlaku satu prayer intersession sembayang orang Kristian di mana meminta Nabi Isa untuk memohon kerestuan tuhan mereka.
Ingat masa itu 20 penganut agama kita termasuk kanak-kanak ada di tempat itu, terpesong atau tidak? Pesong kan?
Perkara ini dikeruhkan lagi, ada soal jawab tentang apa dia agama Islam, mengapa orang Kristian Methodist perlu melakukan perkara ini?
Dia datang dengan dua helai kertas yang menanyakan apa maksud perkataan Islam, apakah maksud perkataan Muslim? Apakah maksud perkataan Quran dan kefahaman dan keimanan.
Apakah maksud perkataan Islam, MUSLIM, Quran?, Apakah enam perkara Iman Muslim, lima waktu solat dalam Islam, malaikat manakah yang dipercayai menurunkan wahyu kepada Nabi Muhammad.

Tahun apakah Nabi Muhammad dilahirkan, How many surah is there in the Al-Quran, Berapa kali nama Isa disebut di dalam Al-Quran dan Orang Islam bersalam menggunakan tangan? Inilah kuiz yang diberikan pada malam itu, yang mana sepatutnya menumpukan kepada adat istiadat Kristian.
Bila JAIS masuk ke dalam, kertas soal-soal jawab ini sudah berkecai-kecai sudah dimasukkan dalam tong sampah, jika niat baik kenapa nak masuk dalam tong sampah? Dengan itu bila masuk tong sampah, JAIS dah sita benda ini, untuk jadi maklumat hendak dibawa ke mahkamah.
Bila mereka keluar, satu persatu, tiap-tiap Kad Pengenalan (IC) ditengok dan yang kad Pengenalan Islam diambil oleh JAIS, tapi tak ambil IC kanak-kanak sebab tak ada IC.
Dengan itu bahawa tindakan JAIS di dalam perkara ini benar. Mereka tidak pernah memecahkan pintu, berlaku dengan kekasaran, JAIS juga mengoyakkan kertas, macam-macam fitnah telah dilakukan.
Taklimat media ini demi masa depan agama Islam dan cucu cicit kita agar kita semua dapat dibetulkan. Saya berharap saudara-saudari kita yang Kristian janganlah lakukan perkara ini. Masjid dan surau pantaulah benda ini. Kita bukannya menyusahkan orang, tapi orang menyusahkan kita.
Soalan media: Bila jumpa JAIS?
Jawapan: Jumpa JAIS Jumaat, Sabtu, Ahad…
Soalan media: Jumpa siapa, pengarah ke?
Jawapan: Kami jumpa penguatkuasa saja.
Tugas NGO adalah membetulkan keadaan dan perkara yang berlaku ada sebab musabahnya, dan kami solid di belakang JAIS dalam perkara ini. Janganlah JAIS rasa curiga,… positif juga dengan Istana.
Pegawai Kerja Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Mohd Mustaffa Hamzah
Kita menyokong ketegasan Dr Hasan Ali dan Jais dan kita kecewa dengan sikap Menteri Besar yang apologetik dan membelakangkan kuasa sultan.
JAIS tertakluk di bawah kuasa sultan, bukan di bawah kuasa kerajaan negeri.
Apa tindakan Jais dibuat berdasarkan undang-undang. Enakmen Ugama Bukan Islam 1988.
Sikap apologetik oleh kerajaan negeri dan MB, mengagal dan melemahkan penguatkuasaan oleh JAIS
Ini akan beri peluang yang terbuka kepada org bukan Islam untuk mendakyahkan agama mereka dikalangan orang Islam. Ini akan mengeruhkan suasana dalam negara kita.
Di peringkat NGO juga, kita amat kecewa dengan laporan media, Malaysiakini, Malaysian Insider, yang memberikan laporan salah kepada rakyat di luar sana.
Mengatakan bahawa Jais telah serbu, sedangkan tidak ada sebarang serbuan, penguatkuasa JAIS hanya periksa, atas aktiviti adanya orang Islam di sana.
Sebagainya gambaran yang disampaikan termasuk dari Istana, oleh wakil-wakil pihak gereja, dan media bukan Islam menggambarkan seolah-olah JAIS bertindak begitu rakus.
Perkara-perkara sebegini amat mendukacitakan kita. Dan diperingkat kita. Selepas kita dapat maklum balas JAIS mengenai proses daripada permulaan pemeriksaan dilakukan.
Tidak ada sebarang serbuan, keganasan, bahkan penangkapan, tetapi gambaran yang disampaikan oleh media, dan laporan yang disampaikan kepada pihak Istana terlalu berbeza.
Kita rasa ini tidak beretika sama sekali.
Perkataan serbuan itu ganti dengan pemeriksaan. Buka pintu dialog, dan periksa kad pengenalan sahaja… akan dibawa ke mahkamah.
Tidak ada tangkapan, hanya periksa IC sahaja. Terdapat juga di sana motto “matlamat utama pihak gereja adalah mengkristiankan seluruh warga dunia”.
Formula yang diguna pakai adalah mencari mereka yang memerlukan bantuan samada bantuan kewangan atau sebagainya.
Tarik hati mereka, rapatkan diri dengan target groups, akhirnya mereka akan di Kristiankan secara halus.
Kita dedahkan supaya umat Islam bersatu hati menyekat perkara ini.
Motto ini ada dalam gereja.
Setiausaha Agung Persatuan Imam,Pegawai Masjid dan Penolong Pendaftar Nikah Selangor (Pimpinan), Fakurruddin Eshak
Persatuan imam, kami menyokong tindakan JAIS bukan itu sahaja perlu ada satu satu undang-undang (supaya) pihak berkenaan yang melakukan jenayah, melanggar Perlembagaan.
Kita beri kebebasan untuk mengamalkan agama mereka , mereka tidak ada hak untuk sebar agama kepada umat Islam.
Kita perlu ada undang-undang jika premis itu ada upacara untuk memesongkan akidah, kita mesti ambil tindakan.

Mesti ambil tindakan, contohnya kunci selama dua bulan dan sebagainya.
(kerana tindakan ini) mungkin boleh menaikkan semangat orang-orang Melayu, sebab pernah satu masa dahulu, hanya satu orang sahaja. Natrah itu dan kita tidak mahu perkara itu berulang.
Kalau ada undang-undang akan selesai lebih baik.
Penutup Dr Dzulkhaini Husain;
Kita lakukan ini untuk membetulkan keadaan Islam di Malaysia. Kalau umpama yang berada tidak mengambil tindakan yang tegas, saya takut banyak Nattrah lagi akan berlaku?
Kalau ada perkara-perkara yang penting dan menggugat Islam, kami akan kehadapan lagi.-8/8/2011- OLEH HELME HANAFI
Di sini saya senaraikan berberapa tempat penyebaran dakwah kristian di sekitar lembah klang, modius operandi mereka cukup simple, buat majlis makan-makan, target mereka adalah orang islam yang susah dan miskin yang tak dibantu oleh jabatan kebajikan masyarakat atau jabatan agama islam atau baitumal, mereka bagi makan kenyang-kenyang, lepas tu pelan-pelan cucuk jarum dengan doa dan nyanyian kristian, doa dan nyayian tu dalam bahasa melayu.
  1. Gereja Bukit Nenas – Setiap Tengahari dan Weekdays
  2. Setiap Ahad berdekatan Gereja Bukit Nenas – Foods Not Bomb
  3. Setiap Pagi – Tingkat 2 Bus Stand Klang, Petaling Street.
  4. Setiap Pagi Hari Rabu – Gereja St Mary berdekatan Dataran Merdeka.
  5. Setiap Petang Ahad – Grace Community di Wisma Bunus berdekatan Jalan TAR.
  6. Setiap Hari – Gereja Kedai Bangsar Utama
  7. Setiap Malam Khamis di Pusat Gereja Bukit Bintang.
Majoritinya Melayu Islam yang datang sini dapat makan free. Pusat Kesihatan Terbesar Kristien berasa di Rawang,Majoriti Pesakitnya Melayu Islam!

CINA PANGGILNYA NEE AH JIT


Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad melontarkan pandangan baru-baru ini mengenai Melayu bakal hilang kuasa jika pembangkang memerintah negara ini. Kenyataan itu ditujukann kepada orang melayu berdasarkan situasi sebenar apabila kuasa politik dipegang oleh DAP seperti di Pulau Pinang dan Perak.
Malahan kebimbangan beliau itu pun bukan lagi setakat pada perasaannya tetapi ia benar-benar telah berlaku di negeri-negeri di bawah pemerintahan pembangkang. Contoh yang diberikan oleh Tun Mahathir sudah terjadi di depan mata kita.
Beberapa pemimpin Melayu dijadikan boneka untuk menampakkan seolah-olah bangsa kita yang berkuasa. Hakikatnya, situasi itu cukup menyedihkan dan menyakitkan hati.
Jika ditakdirkan pakatan pembangkang menguasai Kerajaan Pusat, mungkin jawatan Perdana Menteri diberi kepada kalangan pemimpinn Pas atau PKR. Pun begitu, mereka hanya boneka sahaja kerana kuasa sebenar adalah di tangan DAP. Malah kita tidak terkejut jika jawatan Timbalan Perdana Menteri pula akan dipegang oleh DAP.
Berdasarkan pengamatan pemerhati politik, peluang BN yang dipimpin Umno untuk memenangi PRU ke-13 sukar dijangkakan jika dilihat suasana yang belum menggalakkan dalam komponen BN. Ada parti komponen BN sudah tidak menampakkan semangat berjuang dan ada pula yang asyik mementingkan kaum sendiri daripada berjuang membantu kemenangan BN dalam pilihan raya akan datang.
Situasi bertambah sukar jika perpaduan Melayu masih gagal dilaksanakan. Ada sesetengah pihak Melayu sendiri memandang remeh hinggakan kaum lain hilang rasa hormat kepada orang Melayu dan agama Islam.
Salah seorang ialah Datuk Nik Aziz Nik Mat. Dia berkata tidak berbangga jadi Melayu. Malah, dia pernah puji orang Cina sebagai lebih cerdik dan bijak daripada Melayu, dan jika beragama Islam dan ahli Pas, sudah tentu layak menjadi Menteri Besar Kelantan.
Ada sebahagian masyarakat Cina DAP yang suka Nik Aziz. Mereka panggilnya Tok Guru, ada juga yang panggil dengan nama Cinanya, iaitu Nee Ah Jit.
Sebab itu, orang Melayu yang insaf akan pentingnya maruah bangsa Melayu mengharapkan Nik Aziz dapat memandu orang Melayu kea rah perpaduan. Tetapi, harapam itu semakin pudar apabila Nik Aziz sendiri tidak berbangga menjadi Melayu.
Jika beliau mendakwa tidak berbangga dengan ‘Melayu’nya, apa lagi yang ada padanya? Tak mungkin beliau tak tahu bahawa para Nabi dan Rasul pun dipiih dikalangan bangsa tertentu. Takkan beliau minta dilahirkan sebagai orang Arab? Ini takkan berlaku kerana Tuhan sudah takdirkan beliau sebagai orang Melayu. Beliau patut bersyukur.
Sebagai insan Melayu, Nik Aziz juga ada peranannya yang tersendiri kepada orang Melayu selain perjuangan untuk agama Islam. Tetapi, perjuangan yang dibawa oleh Pas pula dilihat sudah ‘melencong’ daripada perjuangan asal.
Banyak yang kita sudah baca, perjuangan Pas yang asalnya untuk menegakkan hukum Islam kini beralih kepada membela bangsa lain selari dengan perjuangan rakan kongsinya DAP.
Perjuangan hukum hudud sudah tidak kedengaran lagi. Pas kini bagaikan menyokong tanpa berbelah bahagi apa yang dilakukan DAP dalam menentang Melayu dan negara Islam yang ingin diperjuangkan Pas sendiri.
Kalau tindak tanduk DAP itu disokong Nik Aziz, maka bukan peliklah apabila beliau mengatakan tidak berbangga menjadi orang Melayu. Malahan jika Nik Aziz benar- benar mengikut perintah Allah pasti larangan Allah diketepikannya. Tatepi, kenapa beliau sendiri yang mengkafirkan orang Islam yang lain?
Kenapa beliau mencarut, panggil orang Islam lain dengan nama binatang, barua dan jahiliyah? Kenapa menghalalkan wanita bukan Islam masuk ke rumah Allah, sedangkan wanita Islam yang berhadas besar pun diharamkan berada di perkarangan surau atau masjid?
Kita berdoa agar Nik Aziz kembali sedar akan keterlanjurannya demi menyatukan umat Melayu dan Islam di negara ini. Usaha menyatukan Melayu masih disuarakan oleh orang Melayu yang sedar hakikat perpaduan. Tetapi, malangnya ia masih lagi di tahap bertatih, sedangkan masa semakin hampir ke PRU ke-13.
Kepada pemimpin parti dan ahli politik Melayu, ingat-ingatlah nasib dan masa depan anak bangsa yang tidak memihak kepada mana-mana parti politik dan belum layak untuk menjadi pengundi. Jangan korbankan masa depan mereka kerana tamakkan kuasa. Jika bangsa bukan Melayu mementingkan survival bangsa mereka di negara ini tanpa mengira parti politik, kenapa tidak orang Melayu?

Sunday 7 August 2011

Kerana Hasan Ali, PAS Sudah Tidak Relevan Pada Pengundi Islam?




“Demi kepentingan akidah ummah, saya rela dipecat” – Dr. Hasan Ali

Itulah kata-kata pemimpin PAS yang memperjuangkan Islam bukan atas dasar parti tetapi berjuang atas landasan Islam. Kini Hasan Ali telah menimbulkan persperktif yang mungkin akan menyebabkan PAS tidak digemari pada PRU-13 kelak.

 Kerana takut akan kehilangan kuasa, Hasan Ali mungkin akan terus dicerca parti sendiri supaya menampakkan bahawa tindakan Hasan Ali lebih kepada rasional individu dan bukannya perjuangan parti. Keris teringat akan petikan kata-kata jumud PAS iaitu "Bersekongkol dengan parti politik yang tidak bepegang dengan dasar Islam jadi sesat atau kufur", maka apa yang telah diluahkan suatu ketika dahulu telah memakan diri?.



PAS kini sudah tidak relevan sebagai suatu parti Islam yang telus. Dimana mereka untuk mempertahankan Islam ketika isu kalimah Allah?. Hanya dua orang sahaja yang lantang bersuara. Selebihnya hanya mendiamkan diri kerana takut akan kehilangan kuasa yang ada. MasyaAllah, demi kuasa mereka sanggup gadaikan agama. Rakyat Selangor yang beragama Islam terutamanya harus sedar akan pembawaan ideologi PAS yang kini telah menyimpang jauh dari perjuangan yang ditinggalkan Syed Sheikh al-Hadi, Sheikh Tahir Jalaluddin dan Haji Abbas Mohd. Taha serta pembawaan ideologi "kepimpinan ulama" oleh Tuan Guru Yusuf Rawa suatu ketika dahulu.

Kini kerana kelantangan bersuara dalam menegakkan Islam, beliau telah menjadi topik hangat di media maya. Kerana fahaman pluralisme dan ideologi Nuar Berahim, kini penyokong-penyokong PR yang bukan Islam telah meragui tindakan beliau dan mempersoalkan kredibiliti PAS di dalam Penipu Rakyat. Desas-desus mengatakan PAS akan mengadakan musyawarah tergempar hari ini untuk membincang masalah Hasan Ali. Tidak sangka pula kini orang yang ingin memerangi muratd telah menjadi masalah kepada parti PAS.

Keris nyata kecewa kerana walaupun berbeza fahaman politik, asalkan ia baik dalam menegakkan syiar Islam serta mengukuhkan Islam di Malaysia, Keris akan menyokong. Kekecewaan itu bukan sahaja dirasai oleh Keris, malahan ia turut dikongsi bersama rakan-rakan Keris dari Parti PAS. Siapa kata UMNO menolak Islam seperti kenyataan yang pernah dikeluarkan orang PAS dahulu. Rentetan isu bible dalam bahasa melayu, isu kalimah Allah dan yang terkini isu murtad, semuanya ditentang oleh orang-orang UMNO. Siapa yang menyokong?.   Nuar Beraim The Traitor yang secara terus terang menyokong. 

Keris ingin berpesan kepada ahli-ahli PAS bahawa, kini perjuangan dan dasar PAS telah jauh menyimpang. Hanya kepinginkan kuasa sehingga landasan perjuangan ulama Islam telah diketepikan. Berfikirlah sebaiknya dalam memperjuangkan Islam. UMNO tetap secara terus memperjuangkan MELAYU, ISLAM dan MALAYSIA!. 

Petikan surah Al-Imran ayat 196 :
"Jangan sekali-kali engkau (wahai Muhammad) terpedaya oleh usaha gerakan orang-orang yang kafir di dalam negeri (yang membawa keuntungan-keuntungan kepada mereka). "(196)



Islam Agamaku! Melayu Bangsaku! 

Dirgahayu Malaysia Tanahairku!

info Keris 7 Lok