Sunday 7 August 2011

Kerana Hasan Ali, PAS Sudah Tidak Relevan Pada Pengundi Islam?




“Demi kepentingan akidah ummah, saya rela dipecat” – Dr. Hasan Ali

Itulah kata-kata pemimpin PAS yang memperjuangkan Islam bukan atas dasar parti tetapi berjuang atas landasan Islam. Kini Hasan Ali telah menimbulkan persperktif yang mungkin akan menyebabkan PAS tidak digemari pada PRU-13 kelak.

 Kerana takut akan kehilangan kuasa, Hasan Ali mungkin akan terus dicerca parti sendiri supaya menampakkan bahawa tindakan Hasan Ali lebih kepada rasional individu dan bukannya perjuangan parti. Keris teringat akan petikan kata-kata jumud PAS iaitu "Bersekongkol dengan parti politik yang tidak bepegang dengan dasar Islam jadi sesat atau kufur", maka apa yang telah diluahkan suatu ketika dahulu telah memakan diri?.



PAS kini sudah tidak relevan sebagai suatu parti Islam yang telus. Dimana mereka untuk mempertahankan Islam ketika isu kalimah Allah?. Hanya dua orang sahaja yang lantang bersuara. Selebihnya hanya mendiamkan diri kerana takut akan kehilangan kuasa yang ada. MasyaAllah, demi kuasa mereka sanggup gadaikan agama. Rakyat Selangor yang beragama Islam terutamanya harus sedar akan pembawaan ideologi PAS yang kini telah menyimpang jauh dari perjuangan yang ditinggalkan Syed Sheikh al-Hadi, Sheikh Tahir Jalaluddin dan Haji Abbas Mohd. Taha serta pembawaan ideologi "kepimpinan ulama" oleh Tuan Guru Yusuf Rawa suatu ketika dahulu.

Kini kerana kelantangan bersuara dalam menegakkan Islam, beliau telah menjadi topik hangat di media maya. Kerana fahaman pluralisme dan ideologi Nuar Berahim, kini penyokong-penyokong PR yang bukan Islam telah meragui tindakan beliau dan mempersoalkan kredibiliti PAS di dalam Penipu Rakyat. Desas-desus mengatakan PAS akan mengadakan musyawarah tergempar hari ini untuk membincang masalah Hasan Ali. Tidak sangka pula kini orang yang ingin memerangi muratd telah menjadi masalah kepada parti PAS.

Keris nyata kecewa kerana walaupun berbeza fahaman politik, asalkan ia baik dalam menegakkan syiar Islam serta mengukuhkan Islam di Malaysia, Keris akan menyokong. Kekecewaan itu bukan sahaja dirasai oleh Keris, malahan ia turut dikongsi bersama rakan-rakan Keris dari Parti PAS. Siapa kata UMNO menolak Islam seperti kenyataan yang pernah dikeluarkan orang PAS dahulu. Rentetan isu bible dalam bahasa melayu, isu kalimah Allah dan yang terkini isu murtad, semuanya ditentang oleh orang-orang UMNO. Siapa yang menyokong?.   Nuar Beraim The Traitor yang secara terus terang menyokong. 

Keris ingin berpesan kepada ahli-ahli PAS bahawa, kini perjuangan dan dasar PAS telah jauh menyimpang. Hanya kepinginkan kuasa sehingga landasan perjuangan ulama Islam telah diketepikan. Berfikirlah sebaiknya dalam memperjuangkan Islam. UMNO tetap secara terus memperjuangkan MELAYU, ISLAM dan MALAYSIA!. 

Petikan surah Al-Imran ayat 196 :
"Jangan sekali-kali engkau (wahai Muhammad) terpedaya oleh usaha gerakan orang-orang yang kafir di dalam negeri (yang membawa keuntungan-keuntungan kepada mereka). "(196)



Islam Agamaku! Melayu Bangsaku! 

Dirgahayu Malaysia Tanahairku!

info Keris 7 Lok

1 comment:

  1. SALAM,,, maaf ye tuan blogger. saudara/saudari mengatakan yang BN x menolak islam??? kalau BN tu terima islam, dia x tolak hukum HUDUD dilaksanakan di Malaysia. Ssudara/saudari sendiri jika menyangkal apa yang saya katakan, saudara/saudari sendiri telah menolak ISLAM. MENOLAK HUKUM ISLAM BERERTTI MENOLAK ISLAM. Adakah menerima ISLAM tu bermaksud ambil yang kita suka je, tolak yang kita x suka?

    "Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam keseluruhannya, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu.
    (Al-imran:208)

    ReplyDelete