Wednesday 10 August 2011

CINA PANGGILNYA NEE AH JIT


Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad melontarkan pandangan baru-baru ini mengenai Melayu bakal hilang kuasa jika pembangkang memerintah negara ini. Kenyataan itu ditujukann kepada orang melayu berdasarkan situasi sebenar apabila kuasa politik dipegang oleh DAP seperti di Pulau Pinang dan Perak.
Malahan kebimbangan beliau itu pun bukan lagi setakat pada perasaannya tetapi ia benar-benar telah berlaku di negeri-negeri di bawah pemerintahan pembangkang. Contoh yang diberikan oleh Tun Mahathir sudah terjadi di depan mata kita.
Beberapa pemimpin Melayu dijadikan boneka untuk menampakkan seolah-olah bangsa kita yang berkuasa. Hakikatnya, situasi itu cukup menyedihkan dan menyakitkan hati.
Jika ditakdirkan pakatan pembangkang menguasai Kerajaan Pusat, mungkin jawatan Perdana Menteri diberi kepada kalangan pemimpinn Pas atau PKR. Pun begitu, mereka hanya boneka sahaja kerana kuasa sebenar adalah di tangan DAP. Malah kita tidak terkejut jika jawatan Timbalan Perdana Menteri pula akan dipegang oleh DAP.
Berdasarkan pengamatan pemerhati politik, peluang BN yang dipimpin Umno untuk memenangi PRU ke-13 sukar dijangkakan jika dilihat suasana yang belum menggalakkan dalam komponen BN. Ada parti komponen BN sudah tidak menampakkan semangat berjuang dan ada pula yang asyik mementingkan kaum sendiri daripada berjuang membantu kemenangan BN dalam pilihan raya akan datang.
Situasi bertambah sukar jika perpaduan Melayu masih gagal dilaksanakan. Ada sesetengah pihak Melayu sendiri memandang remeh hinggakan kaum lain hilang rasa hormat kepada orang Melayu dan agama Islam.
Salah seorang ialah Datuk Nik Aziz Nik Mat. Dia berkata tidak berbangga jadi Melayu. Malah, dia pernah puji orang Cina sebagai lebih cerdik dan bijak daripada Melayu, dan jika beragama Islam dan ahli Pas, sudah tentu layak menjadi Menteri Besar Kelantan.
Ada sebahagian masyarakat Cina DAP yang suka Nik Aziz. Mereka panggilnya Tok Guru, ada juga yang panggil dengan nama Cinanya, iaitu Nee Ah Jit.
Sebab itu, orang Melayu yang insaf akan pentingnya maruah bangsa Melayu mengharapkan Nik Aziz dapat memandu orang Melayu kea rah perpaduan. Tetapi, harapam itu semakin pudar apabila Nik Aziz sendiri tidak berbangga menjadi Melayu.
Jika beliau mendakwa tidak berbangga dengan ‘Melayu’nya, apa lagi yang ada padanya? Tak mungkin beliau tak tahu bahawa para Nabi dan Rasul pun dipiih dikalangan bangsa tertentu. Takkan beliau minta dilahirkan sebagai orang Arab? Ini takkan berlaku kerana Tuhan sudah takdirkan beliau sebagai orang Melayu. Beliau patut bersyukur.
Sebagai insan Melayu, Nik Aziz juga ada peranannya yang tersendiri kepada orang Melayu selain perjuangan untuk agama Islam. Tetapi, perjuangan yang dibawa oleh Pas pula dilihat sudah ‘melencong’ daripada perjuangan asal.
Banyak yang kita sudah baca, perjuangan Pas yang asalnya untuk menegakkan hukum Islam kini beralih kepada membela bangsa lain selari dengan perjuangan rakan kongsinya DAP.
Perjuangan hukum hudud sudah tidak kedengaran lagi. Pas kini bagaikan menyokong tanpa berbelah bahagi apa yang dilakukan DAP dalam menentang Melayu dan negara Islam yang ingin diperjuangkan Pas sendiri.
Kalau tindak tanduk DAP itu disokong Nik Aziz, maka bukan peliklah apabila beliau mengatakan tidak berbangga menjadi orang Melayu. Malahan jika Nik Aziz benar- benar mengikut perintah Allah pasti larangan Allah diketepikannya. Tatepi, kenapa beliau sendiri yang mengkafirkan orang Islam yang lain?
Kenapa beliau mencarut, panggil orang Islam lain dengan nama binatang, barua dan jahiliyah? Kenapa menghalalkan wanita bukan Islam masuk ke rumah Allah, sedangkan wanita Islam yang berhadas besar pun diharamkan berada di perkarangan surau atau masjid?
Kita berdoa agar Nik Aziz kembali sedar akan keterlanjurannya demi menyatukan umat Melayu dan Islam di negara ini. Usaha menyatukan Melayu masih disuarakan oleh orang Melayu yang sedar hakikat perpaduan. Tetapi, malangnya ia masih lagi di tahap bertatih, sedangkan masa semakin hampir ke PRU ke-13.
Kepada pemimpin parti dan ahli politik Melayu, ingat-ingatlah nasib dan masa depan anak bangsa yang tidak memihak kepada mana-mana parti politik dan belum layak untuk menjadi pengundi. Jangan korbankan masa depan mereka kerana tamakkan kuasa. Jika bangsa bukan Melayu mementingkan survival bangsa mereka di negara ini tanpa mengira parti politik, kenapa tidak orang Melayu?

No comments:

Post a Comment