Saturday 2 April 2011

KOD001: SIFAT KLUK KLEK NIK AZIZ


Dulu  Nik Aziz tidak pernah dimaki dan dicaci atas sifat sebagai "ulamak" tetapi sekarang sudah menjadi kebiasaan Nik Aziz dimaki kerana pelrilaku Nik Aziz yang sebenarnya sudah semakin terdedah, antaranya:
  • Soal kerjasama UMNO, MCA dan MIC dan sepuluh buah parti lain menubuhkan  kerajaan Barisan Nasional, bagi PAS hukumnya pakatan BN ini  HARAM  tetapi apabila mereka bersama dengan DAP yang terang-terang menolak penubuhan Negara Islam PAS serta perlaksanaan hukum hudud, Nik Aziz kata tidak mengapa dan halal kerana Nik Aziz lebih takut kehilangan sokongan orang Cina daripada takutkan Allah.
  • Dulunya Dr. Mahathir dan Musa Hitam diminta bertaubat kerana berada dalam satu majlis agama Buddha tetapi bila Nik Aziz berada dalam satu majlis upacara agama Buddha dalam sebuah ketik dan melakukan upacara penyerahan kain kuning kepada sami-sami Buddha, tidak pula  menjadi kesalahan.
  • Kroni dan nepotisme adalah tuduhan yang sering dilaungkan kepada pemimpin UMNO kerana kononnya menjaga kepentingan anak menantu dan puak. Sekarang Nik Aziz melantik menantunya, Ariff Fahmi sebagai CEO Perbadanan Menteri Besar sebelum diminta berhenti setelah banyak melakukan urusniaga harta rakyat dan mengambil kesempatan mencari keuntungan peribadi. Nik Aziz mempertahankan tindakannya dengan menyatakan “Zaman Nabi pun Kroni”.
  • Kertas siasatan oleh  SPRM telah dibuka terhadap Ariff Fahmi dan mentuanya Nik Aziz apabila mereka menerima rasuah merupakan pakej menunaikan Haji berjumlah RM65,000.00 setiap seorang daripada sebuah syarikat pengiklanan yang mendapat tender membuat papan tanda seluruh Negeri Kelantan.
  • Pendirian Nik Aziz dalam soal Kalimah Allah lebih berpihak kepada gereja Kristian kerana hendak menjaga hati  dan perasaan sekutu-sekutunya termasuk Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang.
  • Pendirian Nik Aziz dalam soal suara wanita tidak jelas. Nik Aziz melarang negeri  Kelantan menghantar Qariah menyertai pertandingan Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan sebaliknya Nik Aziz boleh bersama  wanita-wanita PAS, PKR dan DAP termasuk Wan Azizah semasa menyampaikan ceramah-ceramah politik.
  • Pendirian Nik Aziz tidak jelas tentang hukum orang bukan Islam membaca ayat-ayat Al-Quran seperti yang dilakukan oleh Gobalakrisnan dari PKR dan Nga Kok Meng dari DAP semasa mereka berceramah dalam kempen pilihan raya kecil Manik Urai dan Bukit Gantang.
  • Nik Aziz hari ini adalah seorang Jutawan, bila mana beliau mempunyai aset dan tunai yang bernilai Jutaan Ringgit termasuk tanah, sekolah agama persendirian di Pulau Melaka, Sebuah Pam minyak di tanah  Lot 550 di Pulau Melaka dan dua buah gudang di Taman Tanjung Chat Kota Bharu. Ini termasuk apa yang dimiliki oleh kaum kerabatnya yang secara tiba-tiba menjadi orang kaya baru.
  • Banyak lagi ..insyallah akan dibongkarkan..demi kelantan.

No comments:

Post a Comment