Sunday 3 April 2011

KOD001: RAKYAT HADIAHKAN KEMENANGAN, PAS HADIAHKAN KEKECEWAAN : Kegagalan PAS sepanjang 20 Tahun.


1.     PAS yang dipilih sebagai kerajaan sebenarnya memikul amanah rakyat bagi menjaga dan mengurus harta benda dan kehidupan rakyat keseluruhannya.  Tetapi PAS sama sekali gagal malah banyak melakukan penyelewengan yang memudaratkan  kehidupan rakyat Kelantan sepanjang Tempoh 20 tahun ini malah kesannya akan melangkau satu tempoh yang agak panjang.

2.      PAS gagal menguruskan harta rakyat iaitu pengurusan tanah, kayu balak dan hasil bumi, bila mana hasil  kekayaan ini dikaut untuk kepentingan parti dan individu dalam PAS. Harta benda ini dijual, digadai dan dipajak kepada tauke-tauke tempatan dan saudagar-saudagar dari luar negeri termasuk dari Singapura.
3.     
           PAS cenderung merampas tanah-tanah yang didiami Rakyat untuk tujuan membina gedung-gedung perniagaan yang pasti tidak mampu dimiliki oleh orang-orang Melayu.
4.        
     PAS tidak mesra pelabur. Ini disahkan apabila banya kilang-kilang ditutup. Ini menyebabkan rakyat kehilangan pekerjaan dan menganggur.

5.     Pendidikan yang sempurna seakan bukan tanggung jawab mereka, ini dibuktikan dengan keadaan dan pengurusan Sekolah Agama Rakyat yang tidak tersusun dan daif. Pelajar diangkut  ke hulu ke hilir atas nama kebangkitan Islam.

6.      Bekalan air bersih dan kebersihan Bandar masih ditahap yang sangat rendah. Mereka gagal dalam pengurusan urus tadbir. Mereka cenderung berpolitik dalam Majlis Perbandaran dan Majlis-majlis Daerah.

7.      Penyelewengan dalam pembinaan Bazar Tok Guru yang terletak di PT 388 Seksyen 12 Bandar Kota Bharu di atas tanah seluas 5.9 ekar. 

8.     Kegagalan mempertahankan warisan negeri iaitu mercu tanda MPKB yang sebelum ini dikenali “Padang Bas”. Tanah tersebut dijual dengan harga RM30 Juta kepada pasar raya Parkson. Perniagaan orang Melayu hancur akibat penjualan ini. Akibatnya Kerajaan kerugian berjuta ringgit apabila dataran MPKB dimusnahkan dek kerana tuntutan syarat Parkson. Duti Rakyat hilang begitu saja dan tiada pembelaan kepada peniaga “padang Bas”.

9.      Lembah sireh sangat terkenal sebagai aktiviti pertanian satu ketika dulu. 200 keluarga secara turun temurun menjalankan aktiviti pertaniahn  di atas tanah di lembah Sireh. Malangnya di atas nama pembangunan tanah tersebut dijual dengan harga RM5.00 sekaki persegi kepada seorang usahawan Cina dari Ipoh Perak. Petani-petani asal dibayar pampasan hanya RM4,000.00 seorang. Sekarang nilai tanah tersebut melambungRM80.00 hingga RM100.00 sekaki persegi. Rakyat yang tinggal selama 40 tahun hanya mendapat RM4000.00 sahaja manakala rumah yang dijanjikan hanya tinggal kenangan.
10.   Pas menjual tanah-tanah perkuburan Islam seperti di Jalan Gajah Mati, Wakaf Che Yeh, Kampung Sireh dan lain-lain tempat. 

11.   PAS tidak mempunyai dasar dan perancangan Negeri yang tersusun. Justeru segala usaha yang mereka canangkan menempuh kegagalan dan tiada penghujung, contohnya:
a.       Hukum Hudud tiada penghujung walau sudah diluluskan dalam Dewan Undangan Negeri Kelantan dan mendapat perkenan Sultan.
b.      Dinar emas hanya heboh untuk tempoh masa sebulan sahaja.
c.       Koridor DEPU hanya retorik dan ternyata gagal.
d.      Pembinaan Jambatan Kedua Kampung Laut yang hanya tinggal batu asas.
e.      Perlabuhan Darat di Kuala Krai.
f.        Projek Bandar Baru Pengkalan Kubur bagaikan tiada penghujung.
g.       Tiada langsung pembinaan Masjid baru sepanjang pemerintahan dan diakui oleh Nik Aziz.
h.      Tiada usaha menarik pelabur asing datang melabur di Kelantan.
i.         Masalah air Kelantan yang tiada kesudahan malah menyatakan akan diselesaikan pada 2017.

No comments:

Post a Comment