Tuesday 26 April 2011

LADANG RAKYAT: RAKYAT MAKIN DITEKAN OLEH REJIM NIK AZIZ


Di Kuala Krai Isu Ladang Rakyat di Kelantan seperti tiada penghujungnya apabila terbaru lebih 200 penduduk di Kampung Sungai Kelah, Mukim Manjor di sini membantah tindakan kerajaan Kelantan pimpinan PAS memusnahkan lebih 40 hektar tanah, yang mereka usahakan sejak sekian lama.

Lebih membingungkan penduduk, punca pendapatan hasil torehan getah dan buah - buahan di tanah berkenaan lesap sejak pemaju yang diberikan kebenaran memajukan tanah itu menebang kesemua pokok – pokok berkenaan.

Seorang penduduk, Mohd Zaidi Abdul Rahim, 44, berkata pelbagai usaha dilakukan termasuk bertemu pegawai di Pejabat Tanah dan Jajahan termasuk bertemu wakil rakyat bagi membantu menangani perkara itu tetapi semuanya tidak berjaya. “Kami tidak ditawarkan menjadi peserta Ladang Rakyat di tanah kami itu dan saya harap kerajaan negeri mendengar rintihan kami dan kembalikan tanah itu kepada kami semula,” katanya. Katanya penduduk kini terpaksa mencari punca pendapatan baru dan menoreh getah milik penduduk kampung yang lain.

No comments:

Post a Comment