Wednesday 20 April 2011

MAT SABU DALAM DILEMA MENJELANG PEMILIHAN PUCUK PIMPINAN PAS PUSAT

 Tak teringatkan Normah ke bro Mat Sabu oii... hihihih

Video seks....video seks... video seks..

Belek sahaja portal berita pagi ini terus disajikan dengan kisah video seks melibatkan pemimpin politik Malaysia. Pagi ini ketika membaca laporan dari The Malaysian Insider berhubung kes video seks Anwar Ibrahim.

Saya tertarik bila meneliti kenyataan bekas pengawai polis yang pernah terlibat dalam penyiasatan kes-kes melibatkan Anwar Ibrahim pada tahun 1999 iaitu bekas ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumput Datuk Mat Zain Ibrahim.

Katanya pada tahun 1999 ketika menyiasat video seks yang dikatakan melibatkan Anwar Ibrahim ada lagi satu video seks yang diedarkan kepada orang ramai iaitu 'skandal seks Mat Sabu'.

"Pengedaran video seks ini di sekitar Kuala Lumpur berlaku pada 24 dan 25 November 1999 beberapa hari sebelum pilihan raya umum ke-10 yang diadakan pada 29 November.
Katanya, terdapat dua video seks yang diedarkan serentak Iaitu satu berjudul “Siapa Anwar” manakala yang satu lagi berjudul “Skandal Seks Mat Sabu”, yang merujuk kepada Mohamad Sabu, ahli jawatankuasa kerja PAS pusat."
Umum mengetahui bahawa Mat Sabu pernah ditangkap berkhalwat dengan isteri orang pada tahun 1994. Angkara kes tersebut, karier politik Mat Sabu terus merundum. Malah TG Nik Aziz bertindak melarang Mat Sabu dari menghadiri ceramah-ceramah PAS pada waktu itu.

Kes Mat Sabu ditangkap berkhalwat dengan wanita bernama Normah menjadi topik hangat sehinggalah pada tahun 1995 mahkamah melepaskan Mat Sabu kerana kekurangan bukti. Selepas kes tersebut digugurkan oleh mahkamah. PAS bertindak mengkambing-hitamkan UMNO kononnya UMNO dalang disebalik penangkapan Mat Sabu.

Adakah video seks yang dimaksudkan oleh bekas ketua Jabatan Siasatan Jenayah KL itu adalah aksi Mat Sabu dengan isteri orang dalam bilik Hotel Perdana?

Nampaknya Mat Sabu perlu berhati-hati memandangkan beliau sekarang ini bakal bertanding untuk merebut jawatan Timbalan Presiden dalam pemilihan PAS pada Jun ini. Manalah tahu isu lama dikorek kembali oleh musuh Abang Mat Sabu sendiri nanti.

Semoga bro Mat Sabu menang bertanding nanti. Dah lama benar bro Mat Sabu tenggelam dalam arus politik negara. Semuanya gara-gara NORMAH!!! 

SJM: LAMA JUGA TUNGGU MAT SABU BUKA BILIK, SEKARANG BILIK 121 DAH TAK ADA LAGI OLEH KERANA HOTEL PERDANA TOTALLY UBAH SUAI.

No comments:

Post a Comment