Friday 22 April 2011

GHAIRAH RAMPAS TANAH DI KELANTAN SELATAN..PAS BERALIH RAMPAS TANAH DI KELANTAN UTARA.. TERUSKAN TRADISI TINDAS RAKYAT,

Selepas tanah di Hulu Kelantan diambil, Kerajaan Pas kelantan kini semakin rakus untuk merampas tanah rakyat di tengah-tengah bandar ini.


Ia menimbulkan kebimbangan penduduk di Kampung Atas Kubor di sini apabila khabar angin mula tersebar kampung yang sekangkang kera di tebing Sungai Kelantan itu akan diambil untuk dibangunkan.

Perkara ini diluahkan sendiri oleh Setiausaha Badan Kebajikan Kelab Penyokong Tok Guru, Muhammad Shaari yang merupakan penyokong setia Pas ketika pertemuan dengan Ketua UMNO Bahagian Kota Bharu, Datuk Muhamad Fatmi Che Salleh.

Muhammad ternyata berang dengan khabar angin itu kerana dia bimbang akan mendapat nasib yang sama dengan penduduk di Hulu Kelantan yang tidak mendapat sebarang pembelaan apabila tanah mereka diambil.

Tahap kemarahan itu ternyata jelas apabila dia membuka Markaz Pas Kampung Atas Kubor untuk Fatmi melawat malah dia juga menyediakan kerusi dan meja untuk orang UMNO serta penduduk kampung yang minum pagi di warung sebelah Markas Pas itu.

“Kami tinggal di sini sejak berpuluh tahun lalu, kalau nak ambil tanah ini, boleh tapi tolong buat perancangan untuk kami.

“Sediakan kawasan penempatan yang baru atau berikan pampasan kerana yang tinggal di sini bukannya setinggan,” katanya yang mewakili kira-kira 40 keluarga penduduk kampung itu.

Bagi Muhammad protes itu perlu dibuat lebih awal supaya Kerajaan Pas Kelantan buka mata dan memasukkan nasib penduduk kampung itu ke dalam perancangan Kerajaan Pas Kelantan.

Difahamkan kawasan tebing Sungai Kelantan bermula dari Jalan Che Su sehingga ke Jalan Gajah Mati akan dibangunkan dengan projek mewah.

No comments:

Post a Comment