Tuesday 5 April 2011

KOD001: DUN N49 NANGKA, DR. ANNUAR B RAFAEE


Beliau merupakan satu-satu calon yang mewakili masyarakat Melayu Melanau yang juga merupakan anak tempatan. Beliau adalah Doktor Pakar Jantung yang banyak memberi jasa kepada masyarakat terutamanya di DUN Nangka.

DR.Annuar segak berpakaian lengkap Baju Melayu Pink diringi hampir 2000 orang penyokong BN dengan diiringi selawat memuji junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Sebelum perarakan calon, Dr. ANNUAR sempat menyampaikan sedikit ucapan dan beliau menyatakan bahawa dalam hatinya tersemat keinginan untuk membantu masyarakat sejak dari dulu, malah cita-cita menjadi seorang Doktor adalah berdasar keinginan tinggi untuk memberi khidmat kepada masyarakat.

Laungan Hidup BN dan Hidup PBB jelas memberi tekanan kepada calon PKR yang hanya diiringi 20 orang penyokong.

SJM MENGUCAPKAN SELAMAT BERJAYA KEPADA BN,PBB DAN DR.ANNUAR. INSYALLAH SEMUANYA BERMULA DENGAN NIAT. KALAU NIAT KITA BAIK MAKA KESUDAHAN AKAN BAIK. INSYALLAH KEJAYAAN SAH MENUNGGU KITA. HIDUP BN.

No comments:

Post a Comment