Wednesday 6 April 2011

KOD001: KECEWA...KAMI SANGAT KECEWA..BENDERA PKR HANYA LAYAK DI TONG SAMPAH

 
Disebabkan jumlah penyokong PKR yang sedikit dan boleh dibilang dengan jari, terdapat beberapa orang penyokong PKR yang berasa kecewa. Ketika pusat penamaan calon dibuka secara rasmi jam 9.00 pagi, beberapa penyokong PKR yang telah menunggu lama sejak jam 7.00 pagi lagi berasa hampa dan kecewa. Mereka telah diajak ahli-ahli PKR bagi membantu meramaikan penyokong PKR dengan diberikan baju dan topi serta bendera setiap satu.

Atas perasaan hampa dan kecewa, penyokong PKR telah meletakkan bendera PKR di atas tong sampah. Kekecewaannya tidak dapat dibendung lagi sehingga menyebabkannya hilang sabar dan meletakkan PKR diibaratkan seperti sampah.

Memikirkan mereka akan berada dalam kelompok yang ramai dan diberikan sedikit ole-ole, beberapa penyokong PKR ini penuh yakin bahawa kedatangan mereka itu pastinya member kesan yang besar. Sehingga jam 10.30 pagi, jumlah penyokong PKR di situ tidak juga berubah malah semakin berkurangan. Yang tinggal hanyalah ahli-ahli PKR dari Wilayah Persekutuan yang ditgaskan untuk meramaikan kumpulan penyokong PKR manakala penyokong-penyokong PKR tempatan Sarawak telah pulang dalam kekecewaan.

No comments:

Post a Comment