Thursday 31 March 2011

KOD002: Peniaga MPKB buat laporan Polis.

Hari ini kesabaran Peniaga tak dapat ditahan lagi...para peniaga pasar lama MPKB merasakan penindasan ke atas mereka telah sampai ke puncaknya... mereka berkumpul dan membuat laporan kepada SPRM bagi menggesa siasatan dibuat mengenai kesahihan transaksi wang yang bernilai RM44.8 juta yang membabitkan urusan jual beli pasar MPKB, Bazar Tengku Anis dan Bazar Tok Guru. Mereka mendakwa jualan Pasar MPKB hanya RM3.8 juta kepada syarikat swasta dan pada masa yang membeli tingkat satu Bazar Tengku Anis dengan harga yang terlalu tinggi iaitu RM18 juta untuk menempatkan mereka.

SKUAD JAKET MERAH sangat menyokong tindakan peniaga membuat laporan SPRM. Bagi SKUAD JAKET MERAH peniaga Melayu Kelantan di Kota Bharu ini semakin hari semakin tertindas oleh keasyikan puak-puak tertentu di dalam PAS menjual segala hak milik Kerajaan Negeri kepada pihak ketiga.” -

No comments:

Post a Comment