Thursday 31 March 2011

KOD001: Bongkar: Ladang Rakyat atau Ladang Wakil Rakyat.


Setelah bertahun-tahun kerajaan Pas Kelantan meneroka tanah du Hulu Kelantan dibawah program Ladang Rakyat, namun tiada sebarang perkembangan diketahui oleh umum mengenai projek tersebut. Sejauh manakah kerajaan Pas Kelatan ingin diam membisu mengenai perkara itu sehingga terbongkarnya penyelewengan ladang rakyat didedahkan didalam beberapa siri Kelatekito.net.

Sehingga kini belum ada penafian mahu pun penjelasan mengenai pemberian tanah kepada syarikat terdiri golongan orang bukan bumiputera dan kepada pemimpin sekuru PKR , N.Gobalakrishnan yang melibatkan nilai puluhan jutaan ringgit.

Justeru itu, Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed mendesak kerajaan Pas Kelantan perlu memberi penjelasan mengenai Program Ladang Rakyat kerana ramai yang masih mengetahui konsep program itu. Beliau berkata jika kerajaan tidak berbuat demikian, mereka saolah-olah cuba menipu rakyat negeri ini kerana gagal menyediakan butiran terperinci mengenai program ladan tersebut.

"Mana hitam putih program Ladang Rakyat itu? Apakah konsep dia...sampai sekarang tidak terjawab. Saya meminta (kerajaan negeri) buat buku untuk menjelaskannya. "Rakyat mahu tahu siapa yang usahakan (Ladang Rakyat) dan mengikut model apakah program itu," katanya. Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu berkata sehingga sekarang pemimpin kerajaan negeri gagal untuk mendedahkan perincian program itu menyebabkan rakyat menjadi menjadi marah termasuk Orang Asli di Gua Musang.

No comments:

Post a Comment