Thursday 31 March 2011

KOD004: Apakah selama ini Pas lebih baik daripada UMNO?

Sudah tidak terhitung berapa kali ungkapan seperti :
  1. Penduduk Kelantan sudah benci Pas tapi belum dapat menerima UMNO
  2. Bukan Pas kuat di Kelantan, cuma UMNO lemah
  3. Rakyat Kelantan hari ini sudah benci dengan Pas
Soalnya dalam dua pilihan raya yang lalu pengundi di Kelantan tetap memilih Pas. Dan tidak ada satu jaminan, mahu pun bukti yang kukuh sebelum ini bahawa UMNO akan menang sehinggalah selepas PTK DUN MANIK URAI dan GALAS baru-baru ini. 

Apakah selama ini Pas lebih baik daripada UMNO?
Di Kelantan, Pas dan UMNO dari tahun 1957-1990 hingga 2011 adalah dua parti yang serupa tapi. tidak sama. Sejak dahulu UMNO terbukti parti yang menunaikan tanggungjawab pembangunan negara dengan cemerlang. Manakala Pas sejak dahulu terdiri daripada parti ceramah dan kuliah politik dan agama.

Jika sejak 1990, majoriti pengundi di Kelantan memilih Pas dan adakah PRU 13 kali ini akan berlaku perubahan? 

Sejak tiga pilihan raya yang lalu majoriti pengundi di Kelantan memilih untuk mengundi retorikal agama yang diikonkan oleh Datuk Nik Aziz Nik Mat, dan adakah kali ini majoriti akan memilih realiti pembangunan negeri yang diikonkan kepada ahli ekonomi terkemuka negara Datuk Mustapha Mohamad?
 
Kebanyakan penduduk Kelantan tidak mempedulikan pembangunan negeri kerana sebahagian besar pendapatan keluarga di kampung dijana oleh pendapatan ahli keluarga yang berteraburan di Lembah Kelang, Pulau Pinang, Johor Bharu dan Singapura. 

Pesanan kepada pemimpin, (dalam konteks Kelatntan) tekanan atau desakan terhadap pembangunan bukan satu pertimbangan politik bagi sebahagian daripada mereka. 

Manakala yang tinggal di luar Kelantan akan pulang mengundi Pas kerana mereka merasakan ini keagungan mereka untuk memilih kerajaan yang berbeza daripada kerajaan persekutuan.

Diketahui umum sebahagian orang Kelantan mempunyai semangat kekitaan yang ingin berlainan dari orang lain.Selebihnya semangat kenegerian dalam sebahagian besar mereka akan menyebabkan mereka terus mengundi Pas demi memastikan Nik Aziz terus menjadi salah seorang tokoh utama dalam politik negara.

UMNO Kelantan harus menerima hakikat bahawa jika ia mahu menang maka perubahan harus berlaku. Pada hemat kami , UMNO Kelantan hanya ada dua pilihan:
  1. Berusaha melakukan perubahan minda pengundi di Kelantan. Tumpukan kepada generasi muda. Penduduk Kelantan perlu disedarkan bahawa dalam soal pentadbiran negeri bukan soal ikon atau lambang.Ia bukan soal ikon Serambi Mekah atau kewarakan orang Kelantan. Tapi pemerintahan negeri soal survival dan masa depan orang Melayu dan Islam di Kelantan. Apa guna bernama Serambi Mekah jika ia tidak mampu memprojekkan diri sebagai sebuah negeri Islam yang berjaya? Imej Islam di era globalisasi bukan lagi pada jubah, serban dan retorik ceramah berselang seli dengan ayat al-Quran. Tapi Islam di era globalisasi harus diteguhkan oleh keimanan dan kekuatan ekonomi. Seorang Islam bertali leher, mempunyai kuasa beli yang tinggi dan beriman lebih baik dari seorang tok guru yang setiap malam menganjur kuliah agama untuk mencari populariti bagi memenangi pilihan raya. Jika ini berjaya dilakukan maka tidak mustahil Barisan Nasional (BN) Kelantan akan menang, jika tidak dalam pilihan raya terdekat ini mungkin dalam pilihan raya kemudiannya. Ingatlah perubahan minda tidak mungkin berjaya dalam sehari dua. Pas mengambil masa hampir 20 tahun menyerap masuk dalam pelbagai institusi dan sekolah untuk mengubah pemikiran pengundi Kelantan terutamanya orng muda ketika itu untuk menganut pemikiran mereka. 
  2. Jika yang pertama terlalu sukar dan berat untuk UMNO Kelantan, maka UMNO Kelantan harus mengubah diri mereka menjadi seperti Pas. UMNO Kelantan mempunyai kepimpinan yang bukan sahaja cukup baik malah terlalu hebat jika mahu dibandingkan dengan kepimpinan Pas Kelantan yang lemah dan tidak menyumbang apa-apa kecuali ucapan yang memberangsangkan setiap kali berkempen. Masalahnya kaca mata ukuran sebuah kepimpinan baik atau hebat kepada majoriti pengundi di Kelantan berbeza dengan piawaian umum.
Majoriti pengundi Kelantan melihat Nik Aziz boleh memberi kuliah subuh, berpakaian ala arab dan menjadi imam solat sebagai Menteri Besar yang baik.

Justeru UMNO Kelantan harus memilih sama ada mereka mengubah pemikiran majoriti pengundi Kelantan atau mereka mengubah diri bagi memenuhi piawaian karut majoriti pengundi Kelantan yang menyokong Pas dalam dua pilihan raya sebelum ini. 

Terserah kepada UMNO Kelantan mahu menjadi pemimpin atau pelakon.

No comments:

Post a Comment