Friday 15 June 2012

PANAS!!!.. BELUM REDA DENGAN PROJEK LEBUHRAYA TANPA SOKONGAN EXCO, GEMPAR PULA PENIPUAN DINAR EMAS...


Rakan penulis menerima panggilan daripada dua orang yang membuat laporan polis terhadap salah seorang, orang penting dalam syarikat Kelantan Golden Trade Sdn. Bhd. (KGT) sebuah syarikat yang menerajui dinar dan dirham di Kelantan. Rakan penulis adalah antara penyokong kuat dinar dirham, beliau sokong sebab itu adalah projek-projek yang penting tapi apa yang beliau kecewa apabila projek-projek itu semuanya menjadi tunggangan politik. 

Dinar Emas ini adalah mata wang syariah, sesuatu yang amat baik ia seperti duit kertas dan syiling tidak ada nilai, nilai duit adalah berdasarkan kepada sah oleh Bank yang mengeluarkan, kalau di Malaysia sah di terima oleh Bank Negara Malaysia, pada harga RM2, maka duit itu bernilai RM2. Tun Dr. Mahathir salah seorang yang menyokong untuk cadangan projek dinar dirham, untuk perdangan di antara Negara-negara Islam menggunakan dinar dirham, tetapi bukan sebagai mata wang, ia digunakan sistem bata. 

Terdapat ramai orang-orang Malaysia, yang cerdik pandai, dan juga beberapa warga asing tertarik untuk mencari keredhaan dengan mata wang syariah, rasa tanggungjawab adalah untuk membersihkan ummah daripada rejim mata wang yang berteraskan ilmu dari yahudi, untuk mengelakkan riba, mencari keredhaan, segala bendanya bersih. 

Antara salah seorang wanita rakyat Malaysia yang menerajui dinar dirham di Malaysia dan pakar dalam bidang keewangan, pada awal 1990 atau pertengahan 1990, Umar Pansca Ibrahim Vadillo, seorang berbangsa Spanyol, datang ke Malaysia, beliau berjumpa Tun Dr. Mahathir menceritakan ingin mengembalikan mata wang syariah. Umar Vadillo, beliau adalah salah seorang yang di angkat taraf syed dan beliau mendapat tentangan banyak dari ahli ekonomi luar, khususnya ahli ekonomi barat bahawa Umar Vadillo sebagai penganas ekonomi yang boleh merosak ekonomi barat. Tun Dr. Mahathir dalam pada beliau terlalu minat kepada dinar, beliau nampak kepentingan dinar tetapi beliau tidak termakan janji yang dibawa oleh Umar Vadillo. 

Kemudian Umar Vadillo datang ke Kelantan, dan jumpa Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, menceritakan tentang mata wang syariah, tetapi Datuk Nik Abdul Aziz langsung tidak faham apa yang Umar Vadillo ceritakan. Pada masa yang sama, Setiausaha Akhbar Nik Aziz ketika itu iaitu Husam Musa ada bersama, ketika itu beliau mendengar apa yang telah di ceritakan oleh Umar Vadillo mengenai mata wang syariah, Husam faham dan dia tertarik dengan cerita Umar Vadillo, sebab Husam pernah belajar ekonomi. 

Apabila Husam Musa naik jadi Exco, beliau jumpa Umar Vadillo sekali lagi, membuat perbincangan mengenai mata wang syariah dan melancarkan dinar dirham di Kelantan pertama sekali. Kemudianya pada tahun 2009, waktu itu base nya di Indonesia dan mempromosikan dinar dirham ke seluruh negara. Pada tahun 2007, Dinar Forum telah di adakan di PWTC KL, pembentangkan mengenai mata wang syariah telah di buat oleh Umar Vadillo, dianjurkan oleh Kelantan Research Institute and Strategic Study, di rasmikan oleh Tun Dr. Mahathir dan perasmian penutup oleh Husam Musa. 

Susulan daripada tahun 2009, Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK SAWIT) bersetuju untuk menumbuhkan sebuah syarikat bernama Kelantan Golden Trade Sdn. Bhd.(KGT), yang berpejabat di Lot 3-14, Tingkat 3 KB Bazzar, Jalan Hamzah, 15050 Kota Bharu, Kelantan. Pada masa itu, Ketua Pegawai Eksekutif kepada KGT, ialah Umar Vadillo dibawa dari Indonesia, disediakan tempat tinggal di Kuala Lumpur dan beliau berulang alik dari Kuala Lumpur ke Kelantan. 2 tahun yang lepas dinar dirham telah di lancarkan dan Nik Aziz ingin membuat pembayaran gaji kakitangan kerajaan negeri dengan menggunakan dinar dirham, tetapi tidak berjaya. Bila kerajaan kelantan ingin membuat pembayaran gaji dengan menggunakan dinar, kita perlu faham rejim kewangan dunia tidak  membenarkan duit disandarkan.

Di Malaysia, hanya Bank Negara sahaja yang boleh mengeluarkan mata wang dan pada waktu yang sama mata wang juga tidak boleh disandar seperti dinar, tidak dibenarkan mengikut piagam antarabangsa. Bila kerajaan kelantan melancarkan ingin bayar dalam dinar, ada beberapa persoalan. Dalam jangka pendek, harga emas ini bergantung pada pasaran antarabangsa, sebagai contoh pekerja yang bergaji RM2373.00 sebulan, bererti gaji harga dinar ialah 3 dinar, sekiranya bulan depan munkin harga emas naik, atau harga emas turun. Bulan depan di bayar 3 dinar dan harga emas turun, apabila ingin membuat pertukaran dari dinar kepada tunai bermakna gaji tidak sampai RM2373.00 sebulan. Kita mesti ingat, dinar itu bukan mata wang, mata wang kita adalah Ringgit Malaysia. - Sambungan Bab 2…- info dari rakan jaket merah: blog terompahbesi

No comments:

Post a Comment