Wednesday 27 June 2012

PANAS!!!! PAS KELANTAN TIDAK SAYANG RAKYAT?

KEPIMPINAN Pas perlu membaca secara bijak mesej daripada tindakan lebih 2,000 wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mengadakan perhimpunan aman - Himpunan Sedar, Demi Tanah Air Kelantan di hadapan Kompleks Kota Darulnaim semalam. Kepimpinan Kerajaan Pas Kelantan perlu melihatnya sebagai ketidakpuasan hati rakyat dalam banyak hal, walaupun perhimpunan itu yang diatur sejak sebulan lepas adalah bagi mendesak kerajaan negeri menyelesaikan segera masalah bekalan air yang sekian lama membelenggu penduduk Kelantan. Adalah tidak adil apabila ‘suara rakyat Kelantan’ itu diambil mudah, apatah lagi elemen dalaman Pas sendiri mencetuskan provokasi sehingga mencetuskan kekecohan pada perhimpunan yang sepatutnya berlangsung dalam keadaan aman seperti dirancang. Masalah kemudahan asas rakyat itu tidak lagi boleh disembunyikan setelah Pas gagal menyelesaikannya sepanjang 22 tahun menerajui Kelantan. Akibatnya, yang sengsara adalah rakyat apabila berdepan dengan bekalan dan kualiti air yang tidak memuaskan.

No comments:

Post a Comment